
Tonton Bagaimana Individu Pekak Menikmati Seni Muzik Dan Tarian
Telinga merupakan satu organ badan yang mengesan bunyi dan mengawal kesimbangan tubuh. Telinga merupakan alat pendengaran yang amat penting kepada manusia sebagai salah satu proses komunikasi berkesan.
Jika nikmat yang satu ini ditarik, individu tersebut akan dikenali sebagai individu yang mempunyai masalah pendengaran atau pun pekak. Pekak terbahagi kepada empat jenis, iaitu pekak konduktif, pekak sensorineural, pekak campuran dan pekak neural.
Pekak konduktif boleh dirawat sama ada dengan pengambilan ubat atau pembedahan dan akan kembali pulih selepas tempoh masa tertentu. Pekak sensorineural dan pekak campuran pula boleh dibantu dengan bantuan alat pendengaran.
Ada satu lagi jenis pekak iaitu pekak neural yang mana ini tidak dapat dibantu dengan alat pendengaran kerana kerosakan saraf auditori dan biasanya bersifat kekal dan pada tahap parah. Dalam keadaan ini, kebanyakannya akan melakukan Implan Stem Otak Auditori (ABI) sebagai rawatan terapeutik.
Pernah tidak anda terfikir bagaimana orang yang mengalami masalah pendengaran ini menikmati seni muzik? Atau selama ini anda rasa orang pekak tidak menikmati muzik?
Tahukah anda orang yang mengalami masalah pendengaran ini boleh menikmati muzik seperti orang normal yang lain, cumanya dalam bentuk atau cara yang berbeza.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut, anda bolehlah tonton video di pautan bawah.
Jom Saksikan Angel Has Fallen di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B0_IQwuleBF/