
Tonton Aksi Raksaksa Jeli Comel Tapi Berbahaya Dalam ‘The School Nurse Files’
Tonton Aksi Raksaksa Jeli Comel Tapi Berbahaya Dalam ‘The School Nurse Files’
Sudah tamat ditayangkan pada akhir September lalu, siri televisyen The School Nurse Files lakonan Jung Yu-mi dan Nam Joo-hyuk menarik perhatian ramai.
BACA: ‘L.U.C.A.: The Beginning’Penuh Aksi, Gandingan Mantap Kim Rae-Won dan Lee Da-Hee
Mengisahkan mengenai Eun-young seorang jururawat yang memiliki kuasa untuk melihat nafsu, perasaan dan semangat manusia dalam bentuk jeli, ada sesetengahnya yang membahayakan orang sekeliling.
Dipindahkan ke sebuah sekolah menengah yang seringkali berlaku perkara misteri, Eun-young bertemu dengan Han In-pyo seorang guru yang memiliki kuasa istimewa yang boleh melindungi beliau daripada menjadi mangsa raksaksa jeli.
Berganding bahu menyelesaikan kes misteri yang berlaku, siri dengan enam episod ini membawa genre komedi, fantasi dan adiwira sesuai ditonton seua lapisan masyarakat.
Umum sedia maklum, filem sekuel Train to Busan (2016) iaitu Peninsula (2020) mendapat kutipan pecah panggung di seluruh dunia.
Mengisahkan mengenai askar yang dihantar bersama pasukannya untuk membawa pulang wang dalam trak di kawasan yang kesemuanya sudah bertukar menjadi zombi, filem ini dibarisi pelakon hebat Gang Dong-won, Lee Jung-hyun dan Lee Re ini.
Dengan genre aksi seram, filem arahan Yeon Sang-ho ini mendapat pujian ramai terutamanya pada keberkesanan watak-watak zombi di dalamnya yang menjadi teras kepada plot cerita.
Untuk pengetahuan anda, melakonkan watak zombi tidaklah semudah yang disangkakan.
Han Sung Soo, seorang pelakon yang banyak melakonkan watak zombi dalam beberapa filem zombi terkenal antaranya Train to Busan: Peninsula (2020), Alive (2020), Train to Busan (2016) dan Seoul Station (2015).
Beliau mendedahkan untuk menjayakan watak zombi, usaha pelbagai pihak adalah perlu dan ini termasuklah daripada pihak pengarah, pereka tari (koreografer) dan pelakon.
Baca lanjut: ‘K-Zombie’ Lebih Realistik, Tonton Bagaimana Perwatakan Zombi Dalam Filem/Drama Korea Dihasilkan
Trending now



