
Tonton Aksi Messi, Hazard Dan Rakan-Rakan Berdikir Barat La Liga
Boleh dikatakan tahun ini merupakan tahun kemenangan buat pemain nombor 10 Barcelona, Lionel Messi apabila memenangi beberapa anugerah berprestij bola sepak. Terbaru, beliau memenangi anugerah ballon d’Or buat kali keenam ketika umurnya mencecah 32 tahun di Paris.
Ditambah pulah, Messi sekali lagi memecahkan rekod dengan meledak hatrik ke-35 dalam La Liga ketika Barcelona membelasah Real Mallorca sekali gus mencatat nama dalam sejarah apabila mengatasi catatan Cristiano Ronaldo dengan hatrik 34 kali.
Namun, bukan ini yang kami mahu ketengahkan. Percaya atau tidak, selain handal bermain bola sepak, Messi dan rakan-rakan dalam La Liga juga turut berbakat dalam berdikir?
La Liga Dikir Barat, The Best League In The World menampilkan Messi termasuk Griezmann, Harzard, Ramos, Marcelo dan Luis Suarez lincah beraksi dengan berbusana Melayu.
Sebenarnya, ia hanyalah wajah Messi, Griezmann, Suarez, Ramos, Marcelo dan Hazard digunakan sebagai penyeri dengan disunting memakai persalinan Melayu. Video tersebut untuk mempromosi La Liga oleh BeIN Sports, yang menjadi rumah kepada El Clasico, salah satu jenama terkuat dalam bola sepak.
Dalam dikir barat itu, Messi diiktiraf sebagai ‘tuhan’ bula sopa dan Hazard adalah raja baharu. La Liga musim ini menyaksikan pertarungan sengit di antara Barcelona, Real Madrid dan Sevilla yang berada di tiga teratas.
BeIN Sports menampilkan dikir barat untuk mempromosi La Liga bagi menarik perhatian peminat dari Malaysia. Anda boleh saksikan gelagat Messi dan rakan-rakan berdikir barat di sini: