
Tonton Aksi Lincah Yayan Ruhian Dalam Filem ‘Tarung Sarung’
Siapa yang meminati filem aksi, pastinya mengenali figura yang bernama Yayan Ruhian ini.
Memiliki latar belakang sebagai pesilat dan menjadi pelatih untuk koreografer filem aksi, Yayan Ruhian kini tampil di layar televisyen dengan filem terbaharunya iaitu Tarung Sarung.
BACA: Seni Silat Malaysia Terima Pengiktirafan UNESCO
Mengangkat sukan budaya Makassar dari suku Bugis yang menjadikan pertarungan dalam sarung sebagai medium perlawanan gaya pahlawan dan bukannya bergaduh secara dalam berkumpulan.
Mengisahkan mengenai seorang anak orang kaya, Deni Ruso (lakonan Panji Zoni) yang dipaksa berpindah ke Makassar untuk menguruskan urusan perniagaan keluarganya, Deni terjatuh hati pada Tenri (lakonan Maizura), anak jati Makassar.
Namun berkonflik dengan juara pertandingan Sarung Tarung berturut, Sanrego (lakonan Cemal Faruk) yang sudah sekian lama melamar Tenri untuk dijadikan isterinya namun ditolak Tenri secara berlapik dengan meminta wang hantaran sebanyak RI500 juta rupiah.
Dipersenda dan dimalukan Sanrego, Deni nekad mahu mengalahkan Sanrego dalam pertandingan Sarung Tarung dengan menjadikan lagenda Sarung Tarung, Pak Khalid (lakonan Yayan Ruhian) sebagai guru.
Namun Deni perlu mengikut syarat yang ditetapkan Pak Khalid iaitu tinggal di masjid (walaupun dia tidak percaya kepada Tuhan) dan jangan pernah menawarkan Pak Khalid wang sebagai bayaran.
Walaupun babak aksi persilatan Deni Ruso agak ketara tidak kemas, namun ianya adalah relevan dengan latar belakang watak yang baru sahaja mempelajari seni mempertahankan diri.
Untuk ketahui apa yang berlaku seterusnya, anda boleh tonton Tarung Sarung yang baru sahaja ditayangkan di Netflix 31 Disember lalu.
Trending now



