Trailer Kereta Fast & Furious 9

Tonton Aksi ‘Kereta Terbang’ Ke Angkasa Dalam Trailer Baharu Fast & Furious 9

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Penuh aksi tak masuk akal dalam trailer rasmi Fast & Furious 9!

Filem yang dinanti-nantikan oleh peminat francais Fast & Furious, akhirnya bakal ditayangkan pada Jun tahun ini selepas setahun ditunda ekoran penularan wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia.

Universal International Pictures baru sahaja mengeluarkan trailer baharu Fast & Furious 9: The Fast Saga yang juga merupakan filem ke 10 francais ini.

Menerusi trailer terkini, dapat dilihat watak baharu iaitu Jakob (John Cena) sebagai adik kepada Dominic Toretto.

Meneruskan tradisi francais Fast & Furious yang memfokuskan tema kekeluargaan, dapat dilihat adik-beradik ini menghadapi pertelingkahan yang membuatkan Dom perlu menghentikan kegiatan adiknya.

Dipamerkan adegan aksi kejar-mengejar menggunakan tenaga magnet dan sedikit pertarungan antara Dom dan Jakob yang penuh emosi.

Turut disajikan adegan aksi diluar kotak iaitu kereta terbang ke angkasa seperti yang dijanjikan Justin Lin, begitu juga dengan watak Han yang muncul memberi bantuan ketika Mia dalam kesulitan melawan musuh.

Trailer Kereta Fast & Furious 9

Filem Fast & Furious 9 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Vin Diesel, John Cena, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Chris “Ludacris” Bridges, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron dan Helen Mirren.

Fast & Furious 9: The Fast Saga bakal ditayangkan di pawagam pada 24 Jun 2021. Anda boleh menonton sendiri video trailer tersebut di bawah.