
Tonton 10 Iklan Raya 2019 Di Sini
Setiap kali tiba musim perayaan, selain membuat persiapan raya, kita mesti ternanti-nanti dengan video iklan raya yang disajikan buat tontonan umum.
Seperti iklan-iklan musim perayaan yang lain, iklan-iklan berikut merangkumi pelbagai spektrum perasaan yang dilalui dalam hari-hari terakhir menjelang Aidilfitri – dari iklan comel yang penuh dengan gelak ketawa, sehingga ke kisah-kisah menyayat hati tentang keluarga dan kemaafan.
Berikut merupakan 10 iklan Hari Raya Aidilfitri yang anda tidak rugi tonton:
1. Sama-Sama Balik Kampung – Malaysia Airlines
Berkongsi mengenai kehidupan setiap insan di dalam pesawat dan di lapangan terbang. Lebih menyentuh hati lagi dengan skrip yang disampaikan melalui iklan raya ini.
2. Raya Paling BerMAK-MAKna – Lazada
Lazada mempersembahkan kisah dua jiran, Mak Ani & Mak Dah yang sering berdaya saing. Mujurlah terdapat seorang pemuda yang mengingati mereka bahawa menyambut perayaan bersama lebih bermakna.
3. Makna Ramadan Episod 1 – PruBSN
Mengisahkan adik buat pertama kali berpuasa di bulan Ramadan. Sepanjang berpuasa, dia mempelajari makna sebenar bulan Ramadan.
4. #RayaDenganShopee- Goyang Shopee – Shopee Malaysia
Iklan raya Shopee pula dipersembahkan dengan nyanyian sambil menikmati tawaran yang mereka berikan sepanjang musim raya ini apabila melanggannya. Sekali dengar sahaja terus melekat lirik lagunya yang catchy.
5. Ketepikan Segala Perbezaan – RHB Group
Iklan raya ini adalah berdasarkan kisah benar dan menyentuh hati seorang cikgu dan anak muridnya. Ia membuktikan bahawa kemajuan berlaku jika kita semua berusaha untuk mengetepikan segala perbezaan yang memisahkan kita.
6. Stress Puasa Dan Raya Ke? Rileks SHOPBACK Ada – Shopback Malaysia
Tidak perlu serabut dengan masalah persediaan raya sebab segalanya mudah diselesaikan dengan aplikasi Shopback! Apa yang menarik dengan Shopback, semua yang anda beli melalui aplikasi ini akan mendapat pulangan tunai. Untung kan?
7. Raya Sempoi – TnGo
Raya Sempoi membawakan anda berbelanja secara nirtunai di bazar Ramadan Kampug Bharu. Selain itu, bakal menangi pelbagai hadiah menarik khas dari TnGO eWallet.
8. Muzika Raya bersama Zainal Abidin & Afdlin Shauki, ft. Adibah Noor – Etiqa
Dengarkan dan nyanyi bersama lagu raya yang dinyanyikan 2 penyanyi legenda iaitu Zainal Abidin, Adibah Noor bersama Afdlin Shauki.
9. Bond In Style This Raya with Bata – Bata Malaysia
Beraya mestilah pakaian semuanya serba baharu. Musim raya kali ini apa kata cari koleksi menarik kasut raya di Bata.
10. #HuruHaraHariRaya – Vinda Tissue
Nak dekat raya ni, banyak jugalah dramanya. Bak kata pepatah “Havoc, Havoc, Hav…kan gua dah cakap gua… ” begitulah juga sebuah keluarga di Kampung Lalang ini.
Jadi, iklan raya 2019 yang mana menjadi pilihan anda? Kongsikan kepada kami di ruangan komen.
Selamat Menyambut Lebaran!