Tommy Thomas Dedah Sebab Peletakan Jawatan Peguam Negara

Tommy Thomas Dedah Sebab Letak Jawatan Sebagai Peguam Negara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

28 Februari lalu, Tan Sri Tommy Thomas menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Peguam Negara kepada Perdana Menteri Interim (ketika itu), Tun Mahathir.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1847410908725450

Lima hari diam tanpa penjelasan lanjut, Tommy Thomas hari ini membuka mulut mengenai peletakan jawatan yang sepatutnya berakhir pada Jun 2020.

Dilantik menyandang jawatan berkenaan pada 4 Jun 2018, Tommy memberitahu media FMT bahawa tindakannya adalah disebabkan perubahan landskap politik yang berlaku sejajar dengan tradisi di UK dan demokrasi matang lain.

Tommy Thomas Dedah Sebab Peletakan Jawatan Sebagai Peguam Negara

“Jawatan saya sebagai Peguam Negara dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad. Sebaik sahaja Perdana Menteri meletakkan jawatannya saya bertanggungjawab melakukan yang sama kerana dilantik olehnya.

Penting juga bagi saya untuk mengundur diri dan membenarkan Perdana Menteri akan datang (Perdana Menteri ke-8) melantik Peguam Negaranya sendiri.”

Tommy sebelum ini sering menerima desakan daripada beberapa pihak untuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas terlibat dengan beberapa kontroversi antaranya campur tangan dalam inkues kematian Allahyarham Muhammad Adib.

BACA: Dituduh Berat Sebelah, Keputusan Inkues Adib Akhirnya Buktikan Saksi Utama Tidak Reka Cerita

Malah beliau turut dikatakan gagal untuk menasihati Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berhubung keperluan menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat sama ada wujud salah laku oleh enam ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jawatan beliau kemudiannya diisi oleh Tan Sri Idrus.

Sumber: FMT, Berita Harian