
Tolong Jangan Normalisasikan Budaya Video Acah-Acah ‘Sweet’ Dengan Pasangan Bukan Mahram!
Diperhatikan sejak kebelakangan ini, banyak video pendek yang dimuat naik di media sosial yang menampilkan pasangan lelaki dan perempuan bukan mahram bermesra dan berpegangan tangan.
Video acah-acah ‘sweet’ bersama pasangan masing-masing tersebut kemudiannya menerima komen-komen positif dan pujian dari kenalan masing-masing seolah-olah turut seronok dan menganggapnya sebagai normal.
Tanpa menghiraukan soal halal dan haram, fenomena ini jelas menunjukkan keruntuhan akhlak dan kurangnya didikan agama di kalangan golongan muda pada hari ini.
Mengulas mengenai isu ini, UMe Cikin dari Acar Ikan Masin Dapur Cikin telah membuat satu teguran pedas buat golongan ini melalui hantaran di Facebooknya berikut:
Aku nak cakap, takut orang kata aku berlagak alim.
Aku ni alim tidak, halim pon tidak. Sama-sama banyak dosa jugak. Tapi aku nak kena cakap jugaklah.
Aku nak mintaklah, jangan normalisasikan budaya berkapel, lepas tu buat video sweet berpegangan tangan dengan pasangan bukan mahram, lepas tu pos di sosial media. Jangan tau.
Nanti kalau ko buat video berpegangan tangan, bermesra dengan bf/gf lepas tu pos di sosial media, budak-budak tengok, diorang ingat benda tu normal pulak. Padahal bermesra, berpegangan tangan dengan bukan mahram adalah benda yang dilarang dalam agama.
Hang nak buat video sweet sweet dengan boyfriend hang, sampai muntah hijau sweetnya, silakan. Buatlah. Itu hang punya hak. Cuma jangan poskan video tersebut dekat sosial media. Jangan tarik orang lain untuk buat benda yang sama. Simpan buat koleksi sendiri je.
Kalau dah kawin takpe. Aku tak kisah pon. Kalau belum kawin, dah buat video pegang tangan, naya mat budak-budak tengok. Pengaruh tak elok.
Takpe, video sweet time kapel simpan sendiri je, jangan expose sangat. Takut nanti kalau putus ke apa, penat pulak nak delete video-video ittew.
Maaf sangat-sangat, Aku bukan nak tunjuk baik ke apa. Tapi marilah kita sama-sama mengingati. Jom sama-sama kita menuju ke arah kebaikan bersama umat masyarakat.
Semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara yang mungkar.
Kesian, eh sekian. Pesanan ikhlas dari Ume Cikin.
BACA: ‘B***h’, ‘S**l’, ‘B**i*’ – Beginikah Cara Anak-Anak Muda Sekarang Bercakap?
Sumber: Facebook UMe Cikin