Tok Mat Minta Orang Lama Beri Laluan Kepada Anak Muda Ke Depan

Tok Mat Minta ‘Orang Lama’ Beri Laluan Kepada Anak Muda Ke Depan Kemudi Negara

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan atau lebih dikenali sebagai Tok Mat minta agar orang lama memberi peluang dan laluan kepada belia dalam membangunkan negara, politik dan ekonomi.

Merasakan sudah tiba masanya untuk cara lama ditinggalkan, Tok Mat berkata bagi sesebuah negara untuk maju, ideaserta cara baharu perlu diambil, dan belia ada peranan penting dalam mencapai matlamat ini. Manakala orang lama pula mesti terima, beri laluan dan membantu anak muda mencapai idea-idea baharu tersebut.

Mengambil contoh syarikat seperti Gojek, Airbnb, Grab dan OYO, beliau memberitahu Malaysia tidak boleh berpuas hati dengan apa yang sudah tercapai dan fasa ekonomi seterusnya haruslah berdasarkan pengalaman pemain sejagat yang menawan dunia dengan idea-idea yang berinovasi.

BACA: Hanya Tinggal $0.50 Dalam Akaun Bank, Ini Kisah Disebalik Kejayaan Pengasas OYO Hotel

Menyeru supaya program latihan kemahiran baru dan meningkatkan kemahiran di peringkat nasional untuk belia yang menganggur diperbanyakkan dan digandingkan dengan pelaburan ke atas platform yang membolehlah belia Malaysia mencuba peluang baharu dalam mahu pun luar negara.

JobStreet Dedah Senarai 5 Industri Yang Tetap Cari Pekerja Meskipun COVID-19
Sumber: SCMP

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pengajian Tinggi yang didedahkan Parlimen (data KPT) pada 2016 mendapati daripada keseluruhan 51,000 graduan ijazah yang dihasilkan daripada 21 universiti sektor awam dan 38 universiti swasta, hampir 60% daripadanya menganggur setahun selepas tamat pengajian membawa kepada jumlah 30,600 orang graduan.

BACA: Data KPT Dedah Hampir 30,600 Graduan Ijazah Menganggur Dalam Masa Setahun

Manakala lebih 5,000 orang pelajar pascasiswazah yang menduduki program doktoral setiap tahun yang membawa kepada jumlah pemegang sijil doktor falsafah (PhD) setiap tahun adalah seramai 60,000 menjelang 2023.

Malah disebabkan penularan wabak COVID-19, jumlah pengangguran di Malaysia dikatakan sudah meningkat. Menurut Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Datuk Abdul Halim Mansor memberitahu Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) pernah meramalkan sekitar 30,000 hingga 40,000 akan kehilangan pekerjaan dan ianya benar-benar berlaku.

BACA: Jumlah Pengangguran Di Malaysia Meningkat Kepada 2.05 Juta Sepanjang Wabak COVID-19

Ini berkutan terlalu banyak syarikat yang terjejas sehinggakan ada diantaranya yang mengalami pengurangan pendapatan sehingga 50% berbanding kadar keuntungan biasa.

Jumlah pekerja yang diberhentikan akibat daripada impak ekonomi semasa wabak pandemik ini juga boleh dikatakan menjadi dua kali ganda berbanding tahun lalu.

Sumber: FMT