
Toilet Training – Perlu Dimulakan Lebih Awal, BUKAN Ketika Anak Cecah Usia 5-6 Tahun
Melatih anak menggunakan tandas atau ‘toilet training’ bukan merupakan satu proses yang mudah.
Ianya mengambil masa yang lama dan berpanjangan serta perlu dimulakan di peringkat awal lagi.
Segelintir ibu bapa didapati tidak kisah anak mereka memakai lampin pakai buang dan hanya memulakan ‘toilet training’ setelah umur anak mereka tersebut mencecah 5 ke 6 tahun.
Amalan seperti itu sebenarnya amatlah tidak digalakkan seperti yang ditegur oleh seorang penulis, Wan Nur Syakira melalui hantaran di laman Facebooknya berikut.
Semoga boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa yang lain di luar sana.
Toilet training adalah salah satu cabang pendidikan seksualiti juga tau.
Di mana kita mula nak latih anak berdikari dalam urusan ke tandas, urusan membersihkan kemaluan mereka sendiri.
Beristinja’ sendiri, tanpa perlu campur tangan ibu bapa dan orang luar.
Bila toilet training masih belum dilaksanakan sehingga umur 5, 6 tahun,
Nak tak nak anak kena minta tolong orang lain basuhkan dan tengokkan di bilik air.
Sama ada di taska, di rumah pengasuh atau di mana-mana saja.
“Alah takpelah umur 5, 6 tahun masih pakai pampers “.
Jangan begini ya ibu ayah.
Anak-anak mampu dilatih toilet training semenjak usia 2 tahun, tetapi dengan persediaan sensori yang efektif sebelum usia tersebut dan persediaan ilmu ibu bapa itu sendiri.
Bahkan anak yang istimewa dan kurang upaya pun boleh dilatih, tetapi dengan ilmu dari pakar seperti occupational therapist.
Kepentingan toilet training ini, untuk elakkan ruang dan peluang orang lain menyentuh anggota privasi anak,
Yang mana mengundang risiko diambil kesempatan mereka yang punya niat yang tak baik.
Selain itu, kita nak latih anak berdikari, tahu mengurus diri, dan rasa yakin dengan kemampuan mereka.
Ibu ayah jangan takut nak start toilet training anak, tak semestinya sekali terus jadi. Cari ilmu dan start saja. Tak jadi, stop dulu, cari ilmu lagi dan restart. 😊
Tetapi jangan tangguh terlalu lama, kerana ianya proses.
Bukan buat sekali terus jadi, biasanya ambil masa 2, 3 tahun untuk anak berjaya dengan sendiri melakukan semua rutin ke tandas tanpa bantuan.
Jika kita start umur 3 tahun, maka mungkin anak akan berjaya sepenuhnya pada usia 6 atau 7 tahun.
Tapi jika kita sediakan awal-awal,
InsyaAllah, anak ada masa yang lama untuk berlatih urus diri sebelum menginjak umur 5, 6, 7 tahun yang kebiasaannya mereka sudah ke sekolah.
Kena ada mindset.
TOILET TRAINING ADALAH SATU PROSES,
BUKAN PERLUMBAAN.
Toilet training juga perlukan persediaan ilmu yang cukup dan kawalan emosi yang baik dari sudut ibu bapa kerana,
Ianya proses yang mencabar dan panjang.
Saya banyak berkongsi perjalanan saya lakukan toilet training kepada anak saya, boleh baca di sini
#AHtoilettrainingjourney
BACA: Masalah Anak Kencing Malam Perlukan Rawatan, Anak Tidak Patut Dihukum, Dirotan Dan Dimalukan!
Sumber: Wan Nur Syakira
Trending now



