TnG eWallet RM30 Cara Tebus

TnG eWallet Dipilih Untuk e-Tunai Rakyat, Ini Cara Tebus RM30

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Salah satu Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada November lalu ialah kerajaan akan memberikan RM30 setiap seorang yang memiliki e-dompet dalam aplikasi mereka.

Kempen ini dijalankan bagi menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan pedagang tempatan, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit.

Terkini, persiapan akhir bagi pelaksanaan inisiatif e-Tunai Rakyat sedang giat dijalankan dan bakal dilancarkan pada Januari depan, menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tiga penyedia utama negara perkhidmatan e-dompet iaitu Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay telah dipilih untuk mengambil bahagian dalam inisiatif e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta Kerajaan Persekutuan.

TnG eWallet RM30 Cara Tebus
Sumber: Tngdigital

Siapakah yang layak?

Melalui inisiatif e-Tunai Rakyat, warganegara Malaysia dengan kad pengenalan (IC) sah berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 layak menerima RM30 setiap seorang bagi dibelanjakan untuk barangan dan perkhidmatan yang tersedia melalui pengendali perkhidmatan e-dompet terpilih.

Bilakah boleh ditebus?

Kempen ini akan bermula pada 15 Januari 2020 dan akan berlangsung selama 2 bulan sehingga 14 Mac 2020. Tuntutan boleh dibuat dan digunakan sepenuhnya dalam tempoh masa 2 bulan ini.

Bagaimana untuk menebus e-Tunai Rakyat?

Semua pengguna yang layak dan sedia ada (atau baru sahaja muat turun) aplikasi ini boleh menebus RM30 seorang.

Ini cara menebus e-Tunai Rkayat bagi aplikasi Touch n’ Go eWallet.

    • Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet terlebih dahulu
    • Untuk pengguna iOS, boleh tekan di sini
    • Untuk pengguna Android, boleh tekan di sini
    • Daftar akaun Touch ‘n Go eWallet (lengkapkan proses eKYC)
    • Tebus e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran eksklusif bermula 15 Januari 2020

* Untuk mengesahkan akaun Touch ‘n Go eWallet, pengguna perlu mengambil gambar Kad Pengelana (IC) dan swafoto serta mengisi butiran peribadi. Maklumat lanjut boleh ke laman tngdigital.

Untuk menebus e-dompet di aplikasi Boost dan GrabPay, kami masih belum mendapat maklumat terkini.