
TMJ Beri Sebab Letak Jawatan Sebagai Presiden FAM Selepas 365 Hari
Pertengahan Mac tahun lalu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan bahawa baginda telah meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah kedudukan skuad bola sepak kebangsaan yang jatuh tiga anak tangga.
Baginda yang juga Pengerusi Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) memberitahu perletakan jawatan tersebut adalah bertujuan untuk kesinambungan dan peningkatan standard bola sepak kebangsaan.
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/posts/1005206439642655
Baginda juga mendapat ‘tekanan’ daripada beberapa pihak, antaranya penaja dan rakan kongsi Liga Malaysia yang menggesa beliau untuk turut memegang jawatan Pengerusi MFL.
Mengakui keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah selepas setahun memegangnya, Tunku Ismail yakin ianya adalah perlu supaya baginda dapat memberikan fokus serta komitmen kepada satu tugas.
Hanya mempunyai satu matlamat dan agenda sebagai Presiden FAM iaitu mewujudkan dan menyusun semula sistem supaya FAM kekal sebagai satu badan yang lebih formla; menjaga pasukan kebangsaan, jawatankuasa tatatertib, jawatankuasa status displin yang tidak hanya fokus kepada liga.
Selain itu, Tunku Ismail juga yakin bahawa baginda meninggalkan FAM dalam keadaan terbaik; membantu membayar saman RM1.4 juta terhadap FAM, membelanjakan RM12 juta wang sendiri pada tahun pertama FAM dan membantu dalam menyelesaikan hutang FAM.
Baginda yang memegang jawatan sebagai Presiden FAM pada 25 Mac 2017 telah meletakkan jawatan pada 25 Mac 2018.
Sumber: Malay Mail
Susah juga belakang tabir permainan video ini.
BALIK TABIR : Permainan Video
dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.