Salah Guna Seat Belt Clip 3

Tipu Penggera Dengan ‘Seat Belt Clip’ Punca Ramai Hilang Nyawa Semasa Kemalangan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tali pinggang keledar merupakan peranti keselamatan kenderaan yang direka untuk melindungi penumpang/pemandu kenderaan daripada ancaman pergerakan yang boleh membahayakan ketika berlakunya kemalangan/pelanggaran atau kereta diberhentikan secara mengejut.

Kereta moden kini dilengkapi dengan satu sistem keselamatan yang mana penggera akan dibunyikan apabila pemandu/penumpang kenderaan tidak menggunakan tali pinggang keledar semasa kenderaan bergerak.

Ramai yang rimas dengan bunyi tersebut akan menggunakan modal sebanyak RM20 bagi membeli ‘seat belt clip’ atau klip tali pinggang untuk ‘menipu’ penggera agar tidak berbunyi. Tanpa sedar perbuatan ini mendatangkan bahaya kepada mereka.

Seat Belt Clip 1

Seorang doktor daripada pasukan Medical Mythbusters Malaysia, Dr Ahmad Firdaus tampil menulis di ruangan Facebooknya mengenai bahaya yang mereka undang daripada ‘penipuan’ ini.

Alat yang direka bagi tujuan keselamatan tambahan untuk memegang para pemandu dan penumpang tidak digunakan sebaiknya oleh rakyat Malaysia kerana ramai daripada kita tidak memahami ‘simple Physics’.

Beliau turut berkongsi mengenai satu kes kemalangan m**t yang mana pemandu tercampak keluar dari kenderaan. Walaupun ‘air bag’ berfungsi dengan baik, mangsa (pemandu) tetap tercampak keluar dari kenderaan kerana tidak memakai tali pinggang dan ‘menipu’ penggera dengan ‘seat belt clip’.

Salah Guna Seat Belt Clip 2

Ramai yang menyangkal alatan keselamatan dengan alasan,

Alah, aku dah 20 tahun bawa kereta tak pernah kemalangan.”

Ya, jangan nanti sudah berlaku sesuatu yang buruk mahu menyesal, Bak kata pepatah, ‘jangan sudah terhantuk baru nak terngadah’.

Sumber: Firdaus Ahmad

Makin banyaklah peluang pekerjaan dengan adanya JStarS ini.

JStarS Group and KOLS : Grand Launch

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.