
Tip ‘Travel’ Paling Jahanam: Letak Bantal Di Tengah Jika Tidur Dengan ‘Boyfriend’ Di Hotel
Satu hantaran di Facebook yang mengajar tip percutian bajet ke Thailand bersama pasangan bukan mahram telah teruk dikecam oleh netizen sehingga memaksa hantaran tersebut dipadam.
Isu yang menunjukkan betapa seriusnya kerosakan akhlak golongan muda pada hari ini itu telah dilaporkan oleh MIMI ASMARA menerusi satu ciapan di akaun Twitternya.
Tip ‘travel’ tersebut turut ditegur oleh seorang pengguna Facebook Yan Humaira dari OLIVE HOUSE Seberang Jaya yang mengajak orang ramai untuk sama-sama menyelami erti sebenar Surah Al-Isra, ayat 32 melalui hantarannya berikut:
Letak bantal di tengah-tengah 😓
Tidur pakai tudung🤕
……..
Jarang nak buka baca berita macam ni. Tapi tadi rasa berdebar baca tips yang diberikan…
Allahurabbi…
Jika tak mampu nak ajak buat kebaikan
Janganlah diajar buat keburukan
Waima nak jimat sehabis jimat sekali pun
Matlamat tidak menghalalkan cara dik.
Kalau ada yang ikut tips ini, mengalir saham sampai ke akhirat dik…
Walaupun diberi tips solat jangan tinggal untuk elak berzina, tapi kamu dah buka jalan pun untuk membuat dosa besar itu.
……..
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (QS. Al-Isra: 32).
Allah dah pesan dalam kalamnya,
وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ
janganlah kamu dekati zina
Dekati Zina, bukan berzina.😔
Dekati pun tak boleh dik…
……..
Jika inginkan lelaki yang baik menjadi suami,
Jagalah diri kita dahulu dan baikilah kekurangan diri kita dik..
Boyfriend belum tentu jadi pasangan kita selamanya..
Ramai dah kawan akak yang bercinta bertahun-tahun, kahwin 2 tahun bercerai.
Tak kurang juga yang bercinta bagai nak rak, last kawin dengan orang lain…
……..
Janganlah adik-adik di luar sana ikut tips ini…
Mana ada kucing yang tengok ikan, ayam tergolek depan mata.
Takut baca tajuk dan isinya.. moga tiada lagi adik-adik manis di luar sana yang ikut tips ini..
Jaga diri
Jaga maruah
Jaga Iman
Semoga Allah lindungi zuriat keturunan kita dari ujian-ujian hebat akhir zaman ini… Allahuakhbar.
Akak doakan adik masih dalam keadaan yang bersih suci dan semoga adik bertaubatlah, jangan diulang lagi travel dengan BF macam ni dik. 🤕🤕
#masyarakatsemakintenat 🤕🤕
#KisahDunia
BACA: Tolong Jangan Normalisasikan Budaya Video Acah-Acah ‘Sweet’ Dengan Pasangan Bukan Mahram!
Sumber: Yan Humaira, MIMI ASMARA