Banjir

Tip Musim Banjir: Teknik CPR Yang Betul & Langkah Keselamatan Elak Renjatan Elektrik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Susulan dari kejadian-kejadian yang menyayat hati sehingga mengorbankan nyawa akibat bencana banjir buruk yang melanda negara ketika ini, Dr. Arisman, MD. telah membuat hantaran-hantaran berikut di laman Facebooknya.

Dalam hantarannya tersebut, Pengarah Perubatan Klinik Iris, Shah Alam itu telah berkongsi teknik kecemasan CPR atau Cardiopulmonary Resuscitation yang boleh dipelajari oleh orang awam untuk menyelamatkan nyawa semasa menunggu rawatan tiba.

Turut dikongsikan oleh Dr. Arisman beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil oleh orang ramai bagi mengelakkan diri dari terkena renjatan elektrik semasa musim banjir.

Terima kasih, Dr. Arisman. Semoga hantaran-hantaran yang sangat bermanfaat dari doktor ini dapat kita jadikan panduan bersama.

Semoga dipermudahkan juga urusan mereka yang kini sedang diuji dengan musibah banjir. #PrayForPantaiTimur

Banjir

Saya tersedu dan terdiam sejenak bila dapat hantaran video dalam group WA seorang budak kecil yang meninggal kerana lemas dalam air banjir, ibu (mungkin) dan orang ramai cuba membantu korban dengan melakukan bantuan pertama tetapi ada yang tidak tepat pada caranya.

𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐤𝐚𝐭 𝐖𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐭𝐚𝐡𝐮. 𝐒𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐂𝐏𝐑 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧𝐬 𝐭𝐢𝐛𝐚.

Kemalangan seperti ini hampir pasti dan akan berlaku semasa waktu banjir besar melanda. Dan sekarang musibah ini melanda di Pantai Timur.

Baik. Belajar sekejap. Sekejap sahaja…

Pertama. Apabila ada budak kecil atau kanak-kanak yang lemas.

1️) Bawa mangsa ke tempat yang SELAMAT. Dan JANGAN panik!

2️) Baringkan mangsa dan jika boleh tanggalkan baju mangsa.
❌ Jangan digendong atau didukung dalam pelukan. Bukan itu caranya.

3️) Periksa KESEDARAN mangsa – kejutkan mangsa dengan cara jeritan atau sentuhan kuat (pukulan tidak mencederakan, misalnya pada bahu mangsa).

4️) Jika mangsa tidak berikan respons atau sedarkan diri,
✅ Dapatkan bantuan segera. Call 999 Ambulans!!

5️) Periksa pada NAFAS dan nadi mangsa.
Lihat pada dada sama ada mengembang atau tidak. Atau dekatkan telinga pada cuping hidung mangsa untuk memeriksa sama ada mangsa sedang bernafas normal atau tidak.
⁉️ Jika tidak pasti sama ada bernafas atau tidak, atau bernafas tetapi seperti tidak normal dan mangsa masih tidak sedarkan diri ➡️ lakukan 𝐂𝐏𝐑.
‼️ Jika bibir bertukar menjadi biru, itu tanda memang tidak bernafas dan bekalan oksigen sudah jatuh paling rendah. ➡️ lakukan 𝐂𝐏𝐑.

6️) Lakukan 𝐂𝐏𝐑 segera!!
Lihat pada gambar di bawah untuk rujukan melakukan 𝐂𝐏𝐑 dengan betul.

Banjir CPR

Jika kanak-kanak, tidak perlu tekan terlalu dalam lebih 2 inch. Yang penting adalah kompresi tersebut secepat yang boleh iaitu lebih kurang 100-120 kali per minit.
Nak buat bantuan pernafasan? Boleh. Jika tak mahu buat bantuan pernafasan? Juga boleh. Teruskan 𝐂𝐏𝐑 sehingga bantuan tiba.

7️) Berganti-ganti dengan orang lain yang boleh melakukannya. Setiap seorang lakukan sebanyak 15 kompressi dan 2 bantuan pernafasan.
‼️ Jika tidak ada alat bantuan pernafasan, lakukan 100-120 kali kompresi per minit!
✅ Lakukan 𝐂𝐏𝐑 sehingga bantuan ambulans tiba.
✅ Setiap 2 minit, periksa semula kesedaran mangsa. Tengok pada respons mangsa. Jika masih tidak ada respons, segera sambung 𝐂𝐏𝐑 lagi!

Orang dewasa tolong perhatikan kanak-kanak kecil dan melarang mereka untuk bermain mandi manda tanpa ada pengawasan orang dewasa bersama! Jangan ada korban mangsa lagi.

——–

Banjir Elektrik

Ini sangat menyayat hati. Ketiga-tiga korban berusia 20-an dan merupakan adik-beradik.

Baik. Mari dapatkan sedikit info untuk pengetahuan bersama semasa banjir melanda kawasan kita sekarang atau akan datang.

Kematian mengejut akibat renjatan eletrik ini berlaku kerana pada tahap arus tertentu iaitu menurut OSHA, arus eletrik mencecah 75 MA boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut. Ia terjadi kerana pergerakan arus yang menerusi jantung.

Semasa banjir, langkah-langkah yang perlu diambil;

  1. Hindari penggunaan peralatan elektrik
  2. Pastikan suis utama ditutup bagi mengelakkan renjatan elektrik.
  3. 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝟏𝟓𝟒𝟓𝟒 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐓𝐍𝐁 𝐂𝐚𝐫𝐞𝐥𝐢𝐧𝐞 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐞𝐥𝐞k𝐭𝐫𝐢𝐤 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐫𝐚 𝐚𝐢𝐫 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐤𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭.
  4. Jangan cuba mematikan kuasa melalui kotak pemutus ketika sedang berdiri di dalam air. Dapatkan bantuan professional.
  5. Ketika badan basah, rintangan elektrik pada permukaan kita menjadi rendah. Ini akan meningkatkan risiko untuk anda terkena renjatan. Maka elakkan menyentuh peralatan elektrik ketika badan basah.
  6. Jangan sesekali menggunakan peralatan perkakasan elektrik ketika ia basah.
  7. Jangan melangkah masuk ke dalam bilik yang dimasuki air jika terdapat pelbagai jenis barangan elektrik, wayar dan alur keluar elektrik.
  8. Pakai sarungan tangan getah atau kain sentiasa. Kenapa getah? Kerana getah adalah pengalir elektrik yang lemah. Ia akan menghalang arus daripada mengalir ke badan.
  9. Pakai kasut bot getah jika keluar atau berjalan di dalam banjir.

Dr. Arisman, MD.
Semoga bermanfaat. #prayforpantaitimur

BACA: Banjir Di Kelantan: Lebih Teruk Dari 2014, Terburuk Sejak 31 Tahun?