Berwuduk Bertayamum

Tip Musim Banjir: Panduan Berwuduk, Bertayamum & Bersuci Dari Hadas Besar

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Terdapat beberapa kemusykilan di media sosial mengenai status wuduk dan bersuci dari hadas besar yang kini sedang dialami oleh mereka yang terlibat dengan musibah banjir.

Masih ramai yang tidak pasti dan ragu-ragu mengenai penggunaan air banjir sama ada ianya boleh digunakan atau tidak untuk berwuduk dan mandi wajib.

Di Facebooknya, Ustazah Asma’ Harun ada membuat hantaran bagi membantu orang ramai merungkai kekusutan ini. Turut dikongsikan ialah panduan untuk bertayamum yang juga boleh digunapakai oleh mereka yang terlibat dengan banjir ketika ini.

Semoga perkongsian bermanfaat dari Ustazah Asmaโ€™ ini dapat sama-sama kita jadikan panduan dan disebarkan lagi kepada mereka yang masih inginkan kepastian.

Berwuduk Bertayamum

BOLEH KE GUNA AIR BANJIR UNTUK BERWUDUK DAN MANDI WAJIB?

Ketika asyik menyantuni sahabat-sahabat alam maya yang terus memaklumkan tentangย  perkembangan mengenai banjir yang berlaku di kawasan mereka, terbaca pula satu persoalan yang membuatkan saya terdetik untuk menjawab..

โ€œUstazah, setiap kali musim banjir, saya pasti akan tertanya-tanya bagaimana dengan status wuduk dan mandi wajib saya. Adakah sah jika saya hanya menggunakan air banjir?โ€

AllahuAkbar, inilah perkara yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan saudara kita yang terlibat dengan musibah banjir. Sebelum menjawab persoalan ini, mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan buat semua sahabat-sahabat yang ditimpa banjir saat ini agar sentiasa mendapat perlindungan dan pertolongan daripada Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Daripada Anas bin Malik, dia berkata, โ€œNabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:

ูŠูŽุง ุญูŽู‰ู‘ู ูŠูŽุง ู‚ูŽูŠู‘ููˆู…ู ุจูุฑูŽุญู’ู…ูŽุชููƒูŽ ุฃูŽุณู’ุชูŽุบููŠุซู
Maksudnya: โ€Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan).โ€
(HR Tirmidzi, hadis hasan)

BERWUDUK MENGGUNAKAN AIR BANJIR

Berwuduk adalah perbuatan membasuh dan menyapu beberapa anggota badan dengan air mutlak secara tertib. Tujuannya adalah untuk membolehkan seseorang untuk menunaikan ibadah seperti solat, membaca al-Quran dan sebagainya.

Dalam situasi banjir, hendaklah seseorang mencari air mutlak (air yang suci) terlebih dahulu untuk berwuduk. Sekiranya tidak ketemui, maka DIBOLEHKAN baginya menggunakan air banjir untuk berwuduk dan bersuci. Ini berdasakan kenyataan yang disebut oleh Dr. Muhammad al-Zuhaili di dalam Al-Muโ€™tamad fi Fiqh al Syafie iaitu:

โ€œSekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan. Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikanโ€.

Jika seseorang itu meyakini bahawa air banjir itu telah bercampur dengan najis yang banyak, maka ia tidak boleh digunakan lagi untuk berwuduk. Akan tetapi, sekiranya ia hanya sangkaan ataupun keraguan semata-mata, maka ia tidak menggugat kesucian air banjir untuk berwuduk. Ini berdasarkan kaedah

ุงู„ูŠูŽู‚ููŠู† ู„ูŽุง ูŠูุฒูŽุงู„ู ุจูุงู„ุดู‘ูŽูƒู‘
Maksudnya: โ€œKeyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).โ€

Hukum ini juga digunapakai untuk bersuci dari HADAS BESAR/MANDI WAJIB bagi seseorang yang ketiadaan air mutlaq dan ingin menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci.

BERTAYAMMUM KETIKA KETIADAAN AIR BERSIH ATAU TIDAK MEYAKINI KEBERSIHAN AIR BANJIR

Sekiranya sesuatu tempat terputus bekalan air bersih atau air hanya cukup untuk keperluan minum sahaja atau tidak meyakini kesucian air banjir, maka DIBOLEHKAN bagi seseorang itu untuk bertayamum sebagai alat ganti bagi bersuci dari hadas kecil mahupun besar. Ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang iaitu:

ุงู„ู’ู…ูŽุดูŽู‚ู‘ูŽุฉู ุชูŽุฌู’ู„ูุจู ุงู„ุชู‘ูŽูŠู’ุณููŠุฑูŽ
Maksudnya: Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan

Tayamum juga DIBOLEHKAN bagi mangsa banjir yang sakit dan tidak boleh menggunakan air. Ini merupakan satu keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya seperti di dalam firman Allah SWT :

ูŠูุฑููŠุฏู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุจููƒูู…ู’ ุงู„ู’ูŠูุณู’ุฑูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูุฑููŠุฏู ุจููƒูู…ู’ ุงู„ู’ุนูุณู’ุฑูŽ
Maksudnya: (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.
(Surah al-Baqarah: 185)

Sekiranya sukar bagi mangsa banjir untuk mendapatkan debu tanah yang suci, maka diharuskan untuk menepuk debu tanah yang terdapat di dinding, cermin, meja atau mana-mana tempat yang dirasakan ada debu untuk bertayammum.

Cara-cara bertayammum:

1) Menepuk kedua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2) Berniat ketika memindahkan debu tanah sehingga menyentuh muka. Lafaz niat bertayammum adalah seperti berikut:

ู†ูŽูˆูŽูŠู’ุชู ุงู„ุชู‘ูŽูŠูŽู…ู‘ูู…ูŽ ู„ูุงุณู’ุชูุจูŽุงุญูŽุฉู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ู„ู„ู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰
Maksudnya: Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Taโ€™ala .

3) Menyapu keseluruhan muka.
4) Menepuk kedua tapak tangan pada debu tanah untuk kali kedua bagi menyapu tangan .(Sebelum menepuk kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu dari debu tanah yang telah digunakan).
5) Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jari tangan kiri dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
6) Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
7) Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan (selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
8) Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.
9) Tertib.

* Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.
* Bagi yang memakai cincin, jam tangan atau apa-apa sahaja di bahagian tangan perlulah menanggalkannya terlebih dahulu agar debu tidak terhalang dan sampai ke kulit.

KESIMPULAN

1) DIBOLEHKAN bagi seseorang menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci dari hadas kecil mahupun besar sekiranya ketiadaan air mutlaq atau air yang ada hanya cukup untuk keperluan tertentu.
2) Jika tidak meyakini kesucian air banjir, maka DIBOLEHKAN baginya untuk bertayammum dengan menggunakan debu tanah yang suci.

RUJUKAN:

  1. Maktabah Al-Bakri, Soal Jawab Agama, Taharah (Berwudhu Dengan Air Banjir).
  2. Aplikasi FIBA (Fiqh Banjir), International Fatwa and Halal Centre, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Asmaโ€™ binti Harun & Tim Penyelidikan
#UAHSahabatDuniaAkhirat

BACA: Tip Musim Banjir: Teknik CPR Yang Betul & Langkah Keselamatan Elak Renjatan Eletrik

Sumber: Ustazah Asma’ Harun