Hidupan Liar

Tip Musim Banjir: Cara Menangani Hidupan Liar Yang Tersesat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bencana banjir yang melanda negara kita ketika ini didapati bukan sahaja menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, malah turut memberi kesan terhadap hidupan haiwan liar.

Beberapa perkongsian di media sosial sebelum ini menyaksikan habitat haiwan liar juga kini sebenarnya turut terancam apabila terdapatnya penampakan dan kelibat haiwan-haiwan seperti buaya, gajah, tapir, harimau dan babi hutan yang sedang berkeliaran di kawasan-kawasan banjir.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) melalui akaun Twitternya @PERHILITAN telah memuat naik satu klip video pendek yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk orang ramai sekiranya berhadapan dengan situasi mencemaskan terserempak dengan haiwan-haiwan malang ini.

Berikut merupakan Tips Menangani Hidupan Liar Yang Tersesat Semasa Banjir yang dikeluarkan oleh PERHILITAN untuk makluman bersama:

1) Jangan buat sebarang provokasi terhadap hidupan liar tersebut.

2) Jauhi hidupan liar terbabit.

3) Hubungi Pejabat PERHILITAN Negeri atau talian Hotline 1-800-88-5151.

Hidupan Liar

Sebarang aduan berkenaan hidupan liar juga boleh disalurkan ke Jabatan PERHILITAN yang berhampiran atau hubungi Talian Hotline untuk tindakan selanjutnya.

BACA: “…Jangan Acah Sangat Nak Tunjuk Terpaling Animal Lover.” – Netizen

Sumber: @PERHILITAN