Tip Kenal Pasti Scammer Bank Kredit Kad

Tip Kenal Pasti Sama Ada Terima Panggilan Daripada Pihak Bank Atau ‘Scammer’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Pepatah Melayu mengatakan ‘jerat tidak pernah lupakan pelanduk, tetapi pelanduk lupakan jerat’.

Begitulah senario berlaku dalam kehidupan harian masyarakat kita hari ini terdedah kepada aktiviti penipuan dalam talian oleh sindiket yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan duit orang ramai melalui pelbagai bentuk penipuan atau scam.

Walau apa pun taktik dan kaedah digunakan, orang awam perlu tahu dan belajar menghidu penipuan terutama apabila mereka meminta maklumat sulit seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan kod kebenaran transaksi (TAC).

Namun, disebabkan kita terlalu berhati-hati, ada kalanya kita juga tersalah anggap bahawa panggilan telefon yang diterima juga daripada scammer padahal sebenarnya daripada pihak bank.

Seorang pengguna Facebook, Sumeria Valina berkongsi pengalaman menerima panggilan telefon daripada pihak bank bertanyakan mengenai transaksi kad kreditnya. Berikut merupakan perkongsian daripada beliau.

‘Kepala’ Sindiket Macau Scam Di Malaysia Ditangkap, Kenali Teknik Dan Sistem Operasi Penipuan Ini 2

Sebentar tadi saya membuat transaksi ke luar negara melalui kad kredit. Sejurus selepas transaksi berjaya, CIMB Credit Card Centre menghubungi saya.

Staf: Hello, saya dari credit card centre. Cik ada buat transaksi sebentar tadi?
Saya: Encik ni siapa?
Staf: Saya dari credit card centre.
Saya: Kenapa encik nak tahu?
Staf: Kami nak pastikan yang buat transaksi itu owner kad. Ini random checking, sebab transaksi ke luar negara.
Saya: Ye, saya ada buat transaksi.
Staf: Boleh saya tahu 4 digit nombor IC cik?
Saya: Encik tahu kan? Tadi encik kata encik dari bank.
Staf: (gelak kecil) Ok, kalau macam tu, nama penuh cik?
Saya: Eh, kenapa pula? Kata dari bank. Nama penuh encik apa?
Staf: Elie
Saya: Nama penuh?
Staf: M*** Elie *****.
Saya: Kenapa ya nak random check? Atas alasan apa ya?
Staf: Owh, itu saya tak boleh bagitahu.
Saya: Eh, ke encik ni scammer? Takkan tak boleh tahu? Apa nombor staf encik?
Staf: Itu rahsia. Kami tak boleh bagitahu.
Saya: Encik scammer kan? (terus matikan telefon dan telefon CIMB Credit Card Centre).

Apabila saya menghubungi pusat kad kredit, staf di bahagian pemantauan (monitoring) memberitahu memang saya ada membuat transaksi ke luar negara sebentar tadi. Staf dengan nama tersebut juga memang ada. Saya ceritakan apa yang berlaku, iaitu saya tidak memberitahu apa-apa kepada staf yang memanggil saya atas sebab tiada kepastian sama ada staf itu benar-benar staf CIMB.

Staf di bahagian pemantauan memberitahu yang tindakan saya betul apabila saya meragui si pemanggil. Bagi pihak bank, apabila mereka tidak mendapat 4 digit terakhir IC dan nama penuh pemegang kad, kad kredit tersebut akan di’block’ dan pemegang kad akan menerima mesej mengatakan kad telah kena block.

Pemegang kad perlu menghubungi pusat kad kredit untuk mengaktifkannya. Ini dibuat untuk memastikan transaksi dibuat oleh pemegang kad dan bukan orang lain.

Saya bertanya kepada staf bahagian pemantauan tadi bagaimana saya nak pastikan staf yang telefon nanti bukan scammer. Ini tipsnya:

1. Staf centre akan tanya 4 digit terakhir no IC.
2. Jika tak dapat, mereka tanya nama penuh.
3. Jika tak dapat, bank tidak akan tanya selanjutnya dan akan block kad kita dan kita akan dapat mesej kad telah diblock.
4. Pemegang kad mesti menelefon centre untuk aktifkan semula.
5. Nombor belakang untuk CIMB Credit Card Centre mesti 9000.
6. Ada kemungkinan tak scammer tiru nombor telefon CIMB? TAK BOLEH KERANA NOMBOR ITU TELAH DIDAFTARKAN.

Walau apa pun, JANGAN PERCAYA. Terus hubungi pusat kad kredit. Tanamkan sedikit negativiti dalam diri.

BACA: AWAS! Ramai Hilang Duit Dari Akaun Bank Akibat ‘Phishing’ Di Musim Raya

Sumber: Sumeria Valina