Bersara

Tip Buat Mereka Yang Teringin Bersara Awal Tanpa Perlu Tunggu Usia Cecah 55 Atau 60

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Ramai yang tidak tahu, sebelum usia mencecah umur 55 atau 60 tahun, seseorang individu itu sebenarnya sudah boleh bersara dari bekerja.

Bukan saja boleh bersara, beribadat dan berehat di rumah, malah sudah tentu juga boleh menikmati kehidupan dengan mengembara, bercuti dan melancong ke seluruh dunia!

Namun begitu, perancangan yang betul dan teliti adalah perlu bagi mencapai impian seperti ini.

Seorang jurutebang, Mohd Ezairol Rezan Zainol, ada membuat perkongsian menarik mengenai tip dan ‘nikmat’ bersara awal ini di Facebooknya berikut.

Bersara

Dulu aku ingatkan nak pencen ni mesti kena tunggu umur 55 atau 60 tahun baru boleh pencen.

Rupanya itu hanyalah persepsi. Ramai orang yang fikir macam tu. Bila dah dewasa ni, baru aku tau terdapat ramai orang yang telah pencen lebih awal dari umur 55 tahun tu…

Malah ada juga yang aku jumpa pencen seawal umur 40 tahun. Wow…Hebat😱

Golongan mereka yang pencen awal ni aku lihat, mereka bebas buat apa saja yang mereka suka dan inginkan sebab mereka telah mencapai “Financially Freedom”.

Mereka boleh melancong dan jalan-jalan ke mana saja yang mereka mahu sebab depa ni punyai wang yang cukup untuk menyara kehidupan mereka.

Tak perlu bekerja pun tetap ada duit belanja bulanan.🤗

Nak cuti tak perlu lagi minta kebenaran bos. Tak perlu nak bodek dan jilat bos. Tak perlu nak pening dengan politik ofis dan rakan sekerja.

Mereka boleh bantu lebih ramai orang dan ada lebih masa untuk beribadat. Mereka ada lebih banyak masa bersama keluarga.

Dulu aku tak tahu sebab aku tidak berada dalam circle yang betul dan tidak jumpa jalan membina kekuatan kewangan yang betul.

Jadi, ilmu itu sangat penting, network itu amat penting…”Your network is your networth”. Kukuhkan kewangan agar kita boleh pencen seawal mungkin.

Jika anda ada RM1.2 juta dan diletakkan dalam mana-mana instrument kewangan yang memberi pulangan 5%, anda dah ada pasif income RM5k setiap bulan tanpa perlu bekerja.

Macam mana nak capai 1 juta. Tak mustahil dengan kuasa kompaun. Tambah ilmu dan ambil tahu… Jangan malas!!!

“Orang Rajin Cari Jalan, Orang Malas Cari Alasan”…

Sebenarnya ramai masih tak faham tentang kepentingan untuk “Bebas Kewangan”. Masih tak nampak jalan untuk membina kekuatan kewangan.

Kita sebenarnya telah diajar sejak kecil pencen mesti umur 50 tahun ke atas. Bagi mereka, pencen mesti umur 55 atau 60 tahun. Mereka rasa pelik bila lihat orang pencen umur 40.

Kita dah bekerja selama berpuluh tahun untuk dapatkan duit. Sampai satu masa, duit pula kena bekerja untuk kita.

Jika kita tak pastikan duit bekerja untuk kita, kita mungkin terpaksa bekerja sampai ke tua. Kita terpaksa harapkan ehsan duit anak-anak bila sudah tua nanti.

Caranya adalah dengan tambah ilmu kewangan. Hadir seminar dan baca buku tentang hartanah, saham, emas dan aset digital “cryptocurrency”.

Mula jana “multiple source of income”. Berniaga dan juallah apa saja untuk tambah income. Yang penting ianya mesti halal.

Mula belajar menjana income pasif. Paling penting mula menyimpan untuk hari tua kita. Mula dari sekarang sewaktu kita masih muda dan mampu bekerja.

Tak kira berapa pun umur kita, bila kewangan kita kuat dan kukuh, kita boleh pencen bila-bila masa saja kita suka.

Semoga coretan ini berjaya membuka minda pada pagi Jumaat yang indah ini..🌹

Lokasi gambar: Ka’ena Point Trail on Oahu, Hawaii, USA ❤❤❤
#Merz
FB: Mohd Ezairol Rezan Zainol

BACA: 7 Sahabat Ini Beli Banglo Untuk Hidup Bersama Setelah Bersara