
Tip Berpuasa Untuk Ibu Mengandung Serta Kategori Mereka Yang Tidak Digalakkan Berpuasa
Tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan bulan Ramadan dan sama-sama menjalankan ibadat puasa.
Setiap kali ketibaan Ramadan juga, didapati masih ramai ibu mengandung tertanya-tanya kerana masih ragu-ragu untuk berpuasa.
Seperti yang telah dikongsi oleh Dr. Muhammad Izzat melalui satu hantaran di Facebook, sudah ramai pesakitnya yang mengandung bertanya tentang hal ini.
Terdapat 5 tip yang dikongsikan beliau untuk ibu mengandung berpuasa. Namun, mereka yang tergolong dalam 8 kategori yang disenaraikan beliau masih tidak digalakkan berpuasa.
Walau bagaimanapun, semasa sesi check up/follow up, adalah wajar untuk ibu mengandung tersebut membuat pemeriksaan serta mendapatkan penilaian dari doktor masing-masing sendiri dan bukan hanya meminta pandangan dan nasihat melalui ruangan media sosial.
Berikut merupakan perkongsian ilmu dari Facebook Muhammad Izzat:
Dah banyak patient mengandung tanya saya kat klinik, boleh tak dia berpuasa nanti?
Secara amnya, ibu mengandung yang TAK digalakkan untuk berpuasa adalah seperti berikut:
1) Ibu yang ada GDM dengan kawalan insulin.
2) Ibu yang berisiko tinggi untuk dapat darah beku (Venous thromboembolism), atau pernah kena VTE dan sedang diberikan ubat cucuk cairkan darah Clexane.
3) Ibu yang ada Ovarian hyperstimulation syndrome (OHSS) – ni untuk ibu yang mengandung dengan ubat kesuburan.
4) Ibu yang ada muntah-muntah teruk, tak kira pada awal pregnancy atau pada trimester lain.
5) Ibu yang ada pendarahan.
6) Ibu yang tak sihat – demam atau sedang dijangkiti COVID-19.
7) Ibu yang bayinya ada masalah tumbesaran (IUGR).
8) Ibu yang mengandung kembar.
Atau apa jua keadaan yang doktor fikirkan bila berpuasa boleh memudarakan kesihatan ibu.
Untuk ibu mengandung yang boleh berpuasa, setelah dinilai oleh doktor, ada beberapa tip untuk anda:
1) Makan lebih dari 2 kali antara masa berbuka dan sahur. Pilih makanan seimbang dan berkhasiat untuk elak sembelit, masalah penghadaman, heartburn.
2) Untuk berbuka, tak ada pelan pemakanan khas tapi boleh try this:
Buka dengan 3 biji tamar dan jus buah (boleh ganti dengan sup atau yogurt rendah lemak). Then sambung dengan makanan seimbang – ada salad, ulam-ulaman dan ada protein dan complex karbohidrat. Makanan berlemak tinggi dan berminyak kena elak.
3) Jangan tinggal sahur.
4) Elak minum teh/coffee masa sahur – caffeine boleh sebabkan you terkencing banyak and sekali gus senang kena dehydration. Nak puasa tak boleh minum air dah kan?
5) Pastikan minum air masak yang mencukupi sepanjang tempoh berbuka dan sahur.
*Jangan tanya saya sama ada anda boleh berpuasa ke tak di social media, masa jumpa doktor untuk check up/follow up tu boleh tanya doktor masing-masing. Bila saya tak periksa saya tak boleh cakap you selamat untuk berpuasa atau tak.
Selamat berpuasa mommies!

BACA: Tak Sempat Ganti Puasa? Ini Panduan Lengkap Untuk Kira Fidyah Yang Wajib Dibayar
Sumber: Muhammad Izzat
Trending now



