
Tip Berguna Untuk Usahawan Yang Baru Ingin ‘Berjinak-Jinak’ Dengan Pemasaran Digital
Pemasaran digital atau digital marketing amat penting dan lazimnya menjadi satu kemestian untuk kekal relevan dalam dunia bisnes pada hari ini.
Oleh yang demikian, sudah tentu ramai di kalangan usahawan yang baru sahaja berkecimpung dalam bidang perniagaan berminat untuk mempraktikkannya tetapi masih lagi tidak pasti dan tertanya-tanya tentang kaedah pemasaran dan anggaran bajet yang sesuai.
Jangan risau. Ketua Pegawai Eksekutif Safari Techs Holdings Sdn Bhd, Faridzul Asyraf Mat Arifin ada membuat perkongsian ilmu mengenai pemasaran digital di Facebooknya berikut.
Jom sama-sama kita belajar bagaimana caranya untuk memilih kaedah pemasaran digital yang sesuai dengan bajet perniagaan.
NAK CARI DIGITAL MARKETING ?
Saya bagi tips sesiapa nak cari marketer untuk tolong boost bisnes. Harap boleh bantu bagi pemahaman.
PAID ADS
Marketer jenis ni adalah dia pandai gunakan ads berbayar. Tak kiralah FB ads, Google ads, IG ads mahupun TikTok ads. Ada juga marketer yang ada connection dengan incluencer so bayar influencer juga dikira paid ads.
Cuma kena hati-hati kepada marketer janji bulan bintang ni, paid ads ni sangat subjektif hasilnya. Ada yang jadi, ada yang sangat jadi, ada yang tak jadi langsung.
So kalau jumpa yang marketer kata dia pandai gandakan duit, hati-hatilah kena test dulu dengan amount yang sikit.
Charge pelbagai tapi biasanya ada certain amount kena bayar per bulan tak termasuk kos dibayar kepada platform.
Contoh budget RM3000 sebulan
+ Bayaran kepada marketer RM1000
+ Bayaran kepada platform RM2000
Faham?
CREATIVE CONTENT
Marketer jenis ni adalah dia pandai dalam penghasilan content. Nak bagi faham kalau anda buat iklan FB ads, gambar atau video tu dipanggil content. Ye kena ada content menarik barulah ada orang akan tengok iklan tu.
Content ni juga digunakan sebagai FREE MARKETING. Contoh anda nak post di IG, kena ada design kan, so marketer akan design serta bagi hashtag terbaik agar capaian lebih baik.
Marketer jenis ni dia focus kepada content sahaja.
Content banyak jenis
+ Buat video (YouTube, TikTok, Reels, FB)
+ Graphics (offline macam banner bunting atau online macam posting-posting biasa
+ Copywriting/penulisan (blog post dan lain-lain)
Tips nak dapatkan marketer bagus kena dengan jiwa, minta portfolio tapi kena tahu ada sesetengah client high profile marketer tak bagitau based on NDA dia dengan client.
Faham?
BUDGET KENA TAHU
Paling mudah anda nak deal dengan marketer ini adalah anda kena tahu budget anda berapa. Kos untuk hire pekerja yang pandai ni tak murah.
+ Graphics designer: RM1500-RM6000
+ Video grapher: RM1500-RM6000
+ Video editor: RM1500-RM8000
+ Content manager: RM2000-RM8000
+ Paid ads specialist: RM2500-RM10000
So kalau anda nak hire semua ni, tak semua mampu. Jadi bayaran anda tu sebenarnya marketer ni bayar kepada merekalah.
Budget sesuai permulaan adalah RM1500 sebulan. Kenapa sebab anggap anda hire seorang pekerja. Tapi jika anda upah marketer, lebih banyak faedah anda akan dapat.
Harap membantu bagi pencerahan.
BACA: Tanpa Kos & Masih Efektif! Ini Cara Paling Mudah Buat ‘Marketing’ Untuk Kedai Makan
Sumber: Faridzul Asyraf Mat Arifin