Tinjauan Dapati Kanak-Kanak Malaysia Sudah Mula Merokok Seawal 8 Tahun

Sumber: Iluminasi

Tahukah anda, kanak-kanak Malaysia sebenarnya sudah mula merokok seawal usia lapan tahun? Mungkin ianya agak mengejutkan namun inilah yang berlaku selepas satu tinjauan dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

BACA: Thailand Kuat Kuasa Larangan Merokok Dalam Rumah

Data yang diperoleh daripada tinjauan yang dibuat oleh CAP mendapati kanak-kanak sudah terdedah dengan rokok seawal usia lima hingga tujuh tahun apabila disuruh untuk membeli rokok oleh bapa di kedai runcit.

Tinjauan yang dibuat dalam kalangan belia ini turut mendedahkan bahawa kanak-kanak mula belajar membeli sebatang rokok dan menghisapnya kerana ada akses peniaga kedai yang menjual sebatang rokok.

Tinjauan Merokok Punca Masalah Kesihatan Mental

Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata kerajaan perlu lebih tegas dalam melindungi golongan belia termasuk kanak-kanak daripada terus dimanipulasi industri tembakau dengan melarang penggunaan rokok dalam kalangan mereka.

Malah beliau menggesa agar Jabatan Belia dan Sukan untuk lebih agresif dalam memberikan penerangan dan pendedahan kepada golongan belia tentang risiko dan kesan tabiat merokok.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader juga mendedahkan daripada lima juta perokok di Malaysia, 10% daripadanya adalah perokok di bawah usia 19 tahun, membawa kepada angka sejuta.

Pada 2019, CAP pernah melakukan tinjauan dan mendapati kanak-kanak mula menghisap dan menjual cecair isian semula rokok elektronik yang mempunyai kepelbagaian perasa yang boleh menyebabkan penggunanya ketagihan kepada nikotin.

Terdahulu, pada 1 Januari, Kementerian Kesihatan telah menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan dan mewajibkan jarak merokok adalah tiga meter dari premis.

November lalu, syarikat pengeluar rokok elektronik (vape) tempatan, NCIG Sdn Bhd yang beroperasi sejak Januari 2019 mengumumkan bakal menghentikan operasinya dalam tempoh terdekat berhubung tiada peraturan mengenai kandungan nikotin rokok elektronik yang dibenarkan di Malaysiayang menyebabkan kesukaran pada pengeluar tempatan kerana hanya boleh memperkenalkan produk cecair rokok elektronik yang dibenarkan di negara in

Sumber:  Astro Awani