Replika Keris UIAM Ditukar 1

Tindakan UIAM Tukar Mercu Tanda Daripada Keris Kepada Mushaf Ditegur Rais Yatim

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

9 November (Sabtu) lalu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah menyaksikan penukaran mercu tanda yang terletak di hadapan pintu masuk utama kampus Gombak, Selangor daripada keris kepada mushaf (rehal).

Detik bersejarah tersebut bagaimanapun mendapat teguran daripada bekas Presiden UIAM yang juga tokoh dan aktivis budaya, Tan Sri Dr Rais Yatim.

“Lambang keris dan rehal (sebelum ini) bersama amat mencerminkan keperwiraan dan al-Kitab dan disumbangkan oleh Yayasan Albukhary pada 2014 dengan kos RM1.5 juta.”

Kata Rais Yatim, Presiden UIAM sepatutnya menghormati mercu tanda yang dirasmikan oleh beliau pada tahun 2014 sebagai suatu budi daripada yayasan.

Replika Keris UIAM Ditukar 2

Pendapat beliau kemudiannya disokong tokoh dan aktivis budaya di Melaka, Prof Tan Sri Abdul Latiff Abu Bakar yang turut meminta agar pihak universiti lebih peka dengan kedudukan keris dalam kalangan orang Melayu di Malaysia kerana ianya melambangkan simbol kekuatan jati diri rakyat Malaysia.

Beliau yang disenarai sebagai salah seorang tokoh oleh Arkib Negara Malaysia dan Tokoh Majlis Pengkisahan Sejarah Media Massa ‘Media Pemangkin Kemerdekaan’ meminta agar monumen keris tersebut diletakkan di suatu tempat yang sesuai agar tidak menghina maruah yang melambangkan kuasa bagi Raja Melayu dan arahan dari istana.

Bagi Huzaifah Hashim, seorang aktivis sosio-budaya menyatakan adalah menjadi hak pihak universiti untuk mengalihkan mercu tanda tersebut, tetapi perlu menggantikannya dengan simbol yang bersesuaian dengan orang Melayu dan agama Islam, namun semua itu terserah kepada pihak universiti sendiri.

Menurut hantaran di Facebook Presiden UIAM, Dr Mohd Daud Bakar, replika pertama di UIAM sejak penubuhannya adalah sebuah tugu yang melambangkan huruf Alif sebagai simbolik kepada Iqra’ yang kemudiannya ditukar sejak beberapa tahun lalu.

Replika Keris UIAM Ditukar

Beliau memberitahu kos menggantikan replika tersebut tidak melibatkan bajet UIAM sebaliknya digerak dan disokong oleh sumbangan serta derma beberapa individu dan agensi.

https://www.facebook.com/mindasyariah/posts/2381757611933769

Kata beliau, penukaran kepada mushaf yang diusuljkan beliau pada Julai lalu adalah kerana ianya dirasakan lebih bersesuaian dan tepat selari dengan asal usul serta genesis UIAM. Manakala replika keris akan terus disanjung dan diletakkan di lokasi bersesuaian iaitu di kawasan Kampung Melayu berhadapan Kulliyyah Senibina.

Sumber: Astro Awani, Projek MMMalaysiaKini

Dalam banyak-banyak filem P. Ramlee, mana satu yang paling kau orang ingat.

Babak Epik Filem-Filem P. Ramlee

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI