Tindakan PDRM Lupus Mesin Bitcoin Dengan Jentera Penggelek Curi Perhatian Dunia 1

Tindakan Tegas PDRM Lupus Mesin Bitcoin Dengan Jentera Penggelek Curi Perhatian Dunia

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tindakan tegas PDRM lupus mesin bitcoin curi perhatian dunia.

16 Julai lalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Miri telah melupuskan sebanyak 1,069 buah mesin bitcoin yang dirampas sepanjang Februari hingga April 2021 di daerah berkenaan.

BACA: Lamar Isteri Guna 2 Keping Bitcoin Bernilai Lebih RM450 Ribu Sebagai Hantaran

Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawarim mesin yang berjumlah RM5.3 juta ini dirampas hasil serbuan di premis sekitar Miri bersama pihak Sarawak Energy Berhad (SEB).

Tindakan PDRM Lupus Mesin Bitcoin Dengan Jentera Penggelek Curi Perhatian Dunia 2
Sumber: Dayak Daily

Premis yang dikesan mencuri elektrik bagi menjalankan aktiviti melombong mata wang digital itu bukan sahaja menyebabkan SEB kerugian sekitar RM8.4 juta tetapi juga menjadi punca tiga buah rumah terbakar susulan penyambungan elektrik yang dilakukan secara haram.

Tindakan PDRM lupus mesin-mesin bitcoin ini dengan menggunakan jentera penggelek bukan sahaja mendapat perhatian yang meluas di media tempatan, tetapi juga di media antarabangsa seperti CNBC, BBC dan SCMP.

Mata wang kripto seperti Bitcoin, Ripple , Litecoin dan Ethereum mungkin sudah tidak asing lagi di telinga para pelabur di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Populariti Bitcoin yang melambung tinggi kerana kadar pertukarannya yang melonjak, menyebabkan ramai mula menjadikannya sebagai pelaburan.

Tahukah anda, sepasang suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di Makassar pada awal April lalu, tular apabila memberikan hantaran kahwin dalam bentuk mata wang kripto Bitcoin.

Kisah itu menjadi tular di media sosial selepas pengacara majlis terbabit, Mismaya Alkhaerat membuat satu hantaran di akaun Facebooknya.

Menerusi hantaran yang dikongsi itu, dia memaklumkan bahawa pengantin lelaki, Raja Muhammad Hasbi datang ke majlis berkenaan dengan membawa hantaran berupa dua keping Bitcoin bernilai kira-kira 1.6 bilion Rupiah (anggaran RM451,167.80).

Difahamkan, kedua-dua pengantin itu sudah lama melakukan pelaburan menggunakan Bitcoin. Cinta kedua-dua mempelai itu mula berputik ketika mereka berdua pergi ke Jakarta pada 2019 lalu atas urusan perniagaan matawang digital tersebut.