Kes Bunuh Zulfarhan

‘Tindakan Saya Hanya Untuk Menasihati Zulfarhan’, Tertuduh Kedua Mohon Maaf Pada Keluarga Arwah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika semalam tertuduh pertama kes Zulfarhan, Muhammad Akmal Zuhairi, 23 tahun mengakui beliau menekap seterika wap pada bahagian tapak kaki dan lutut arwah, hari ini portal berita negara mendedahkan tertuduh kedua, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, 23 tahun melakukan permohonan maaf secara terbuka pada keluarga arwah di Mahkamah Tinggi.

Perbicaraan Kes Zulfarhan

Menambah lagi sebak yang ada, Muhammad Azmuddin turut memberitahu keluarga arwah, semasa arwah dalam kesakitan, arwah sempat memberitahu bahawa arwah merindui kedua ibu bapanya dan mahu memohon maaf.

Pendedahan yang dibuat Muhammad Azamuddin ini telah menambahkan suasana pilu di mahkamah. Lebih pilu apabila ibu arwah Zulfarhan dilihat menitiskan air mata di kawasan galeri awam.

Perbicaraan Kes Zulfarhan 5

Kembali menceritakan detik tersebut, Muhammad Azamuddin memberitahu arwah Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017. Sebelum kejadian, beliau dan arwah berada di bilik rakan tertuduh pertama, Muhammad Akmal Zuhairi.

BACA: Zulfarhan Terbunuh Akibat Kecuaian Beberapa Pihak Menjalankan Tugas

Pada ketika Muhammad Akmal keluar membeli ‘Oral Rehydration Salt’ (ORS), Zulfarhan ada termuntah dan beliau membersihkan muntah arwah. Serba salah kerana menyusahkan rakannya, Zulfarhan memohon maaf kepada beliau, namun beliau memberitahu ianya tiada masalah kerana mereka berkawan.

Pada ketika itu arwah dalam keadaan lemah memberitahu beliau bahawa arwah merindui kedua ibu bapanya dan mahu memohon maaf.

“Dia cakap Along rindu mak dan ayah, saya cakap kalau rindu call lah, tapi dia cakap tak apa aku tak nak menyusahkan mak ayah aku, mak aku sakit. Saya rasa pelik kenapa tiba-tiba dia cakap macam itu.

“Tiba-tiba dia (Zulfarhan) mengimbau kenangan saya tumpang rumah dia di Johor Bahru. Saya bagi tahu Zulfarhan, apa yang jadi pun aku tetap dengan kau, kau kena kuat, minggu depan dah nak peperiksaan dan Zulfarhan bagi tahu dia sayang saya.”

“Zulfarhan beritahu dia mahu baring atas comforter (selimut) secara meniarap. Selang beberapa minit Muhammad Akmal lihat Zulfarhan tidak bergerak dan memanggil nama Zulfarhan, namun tiada tindak balas daripada Zulfarhan, lalu saya pegang tangan dia (Zulfarhan) dan saya rasa tangan dia sejuk.”

Beliau kemudiannya menelefon ambulans dan sebelum ambulans tiba, pihak hospital meminta agar tubuh arwah dibaringkan secara mengiring. Apabila anggota paramedik tiba, mereka dapati tiada tindak balas daripada Zulfarhan dan membawanya ke Hospital Serdang.

BACA: Dipukul Sehingga Cedera Organ Dalaman, Ini Kes Kedua Di UPNM Selepas Zulfarhan

Tiba di hospital, beliau dan Muhammad Akmal melakukan pendaftaran di wad kecemasan hospital dan pada ketika itu kakitangan hospital memberitahu arwah masih bernadi sebelum dikhabarkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam oleh seorang doktor.

Kes Zulfarhan bela diri

Semasa perbicaraan bela diri di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah, Muhammad Azamuddin dalam keadaan sebak memberitahu beliau mewakili rakan-rakannya memohon maaf terhadap apa yang berlaku dan menyatakan hubungannya dengan arwah sebagai seutas tasbih yang mana ada awalnya dan tidak berpenghujung.

Semasa ditanya oleh Amer Hamzah dalam pemeriksaan utama mengapa beliau melakukan perbuatan tersebut sedangkan beliau dan Zulfarhan bersahabat baik, Muhammad Azamuddin memberitahu beliau hanya melalukan seterika wap (tidak bersentuhan dengan badan Zulfarhan) selama satu saat di bahu dan paha arwah bagi menggertak atau menakutkan Zulfarhan setelah diberitahu Mubin (rakan tertuduh) bahawa Zulfarhan perlu diajar.

Muhammad Azamuddin turut memberitahu beliau tidak tahu perlakuannya boleh mendatangkan kecederaan kepada Zulfarhan kerana pada ketika itu jelas tiada kesan pada Zulfarhan dan beliau menyatakan perbuatannya itu hanya untuk menasihati Zulfarhan dan beliau tiada niat untuk mencederakan arwah, jauh sekali untuk melakukan pembunuhan.

Beliau bersama empat lagi tertuduh Muhammad Akma Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri menghadapi pertuduhan membunuh, manakala Abdoul Hakeem Mohd Ali didakwa atas pertuduhan bersubahat membunuh Zulfarhan.

Manakala 12 orang tertuduh yang lain iaitu Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Sumber: Astro Awani

ada yang layan Sekiro?

SEKIRO : Shadows Die Twies (2019)

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI