
Tindakan Saman Di Mahkamah – Penerangan Ringkas, Padat Dan Tepat Yang Orang Awam Perlu Tahu
Biasa kita dengar setiap hari, banyak kes pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara baik sehingga terpaksa diambil tindakan mahkamah dan melibatkan angka sehingga berjuta-juta ringgit.
Walaupun sering kita dengar, mungkin ramai di antara orang awam yang masih kurang jelas dengan proses saman-menyaman di mahkamah ini.
BACA: Kisah Lelaki Menang Kes Mahkamah Lawan Kerajaan Dan SPA Gara-Gara Komen Di Facebook
Seorang pemilik syarikat, Izzuddin Yussof yang mempunyai pengalaman pernah menuntut ganti rugi dari 2 orang bekas pekerjanya, telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya.
Penerangan beliau tersebut amat komprehensif dan tepat sehingga mendapat pujian dari seorang peguam di ruangan komen.
Adakah berbaloi sebenarnya untuk turun naik mahkamah dan menyaman orang? Jom baca penerangan beliau.

Saman mahkamah
Saja nak cerita pengalaman saman orang kat mahkamah ni.
1) Cari peguam
Dalam proses cari peguam, penting untuk kita cari peguam yang berpengalaman handle kes kita.
Peguam ni ada yang banyak handle kes jual beli rumah je. Ada yang handle kes syariah banyak. Ada yang kes saman menyaman. Ada yang kes jenayah.
Macam doktor yang kerja kat department mata, akan power bab mata. Yang kerja bahagian O&G akan power bab O&G dan lain-lain.
Jadi, carilah peguam yang biasa handle kes litigation.
Masa tu kita orang memang proceed dengan peguam yang memang agak terkenal dengan proses litigation ni. Macam mana tau dia terkenal? Sebab dia orang banyak keluar paper untuk kes ni dan banyak kes-kes orang terkenal yang melibatkan dia orang.
Satu lagi advantage peguam yang popular? Dia orang boleh memilih kes. Lawyer yang kes suam-suam kuku akan ambil semua kes yang dia dapat. Lawyer yang popular boleh pilih nak proceed dengan hanya kes yang dia ada keyakinan boleh menang sahaja.
2) Letter of Demand
Biasanya, sebelum sebarang tindakan saman ke apa, kita akan keluarkan Letter of Demand (LOD).
LOD ni macam gentle reminder kepada pihak sana. Untuk sila buat sekian-sekian, kalau tak nak kita ambil tindakan di mahkamah.
Tak kisahlah kita nak dia buat public apology ke. Atau nak dia bayar kita ke. Terpulang.
Kalau dia tak buat, barulah orang akan proceed dengan tindakan saman yang sebenar.
LOD ni tak wajib. Dia berbaloi kalau kita rasa pihak sana boleh tunaikan demand kita tu.
Tapi, kalau kita tak rasa pun dia akan buat, atau kita memang nak heret dia ke mahkamah, tak payah. Bagi aku la. Haha.
Kita orang tak buat.
3) Menghantar writ saman dan pernyataan tuntutan (SOC)
Ini fasa yang paling kena teliti. Apa yang kita nak saman dia dan apa tuntutan kita daripada pihak defendan.
Setiap nilai saman yang dituntut perlu justified. Kalau sebab pecah amanah kita kena cakap berapa nilai kerugian kita sebab dia buat pecah amanah tu.
Kalau kita nak saman malu, kita kena justify amount yang kita nak tuntut tu.
Kalau kita sekadar malu dekat ofis, tapi nak saman sampai RM2 Juta. Tak payah mimpi la.
Tapi, apa yang kita tuntut kat sini tak semestinya akan dapat. Nilai akhir masih akan ditentukan oleh pihak mahkamah.
Lepas dah siap semua ni. Peguam akan bagi kat mahkamah. Dan akan bagi juga kepada pihak defendan.
4) Menunggu jawapan pihak defendan
Yang akan menghantar writ saman dan penyataan tuntutan kepada pihak defendan adalah pihak kita sendiri. Iaitu peguam kitalah.
Peguam yang bagus memang akan pastikan ianya dihantar by hand. Sebab kita memang nak pastikan dia orang sedar berkaitan saman tuntutan ni, dan arahan untuk lapor diri ke mahkamah.
Pernah ada kes yang defendan tak hadir ke mahkamah dan argue yang dia tak dapat pun writ saman dan penyataan tuntutan tu. Benda macam ni akan meleretkan lagi kes.
Jadi nak saman orang, orang tu kenalah boleh dihubungi. Kalau kita tak tau pun orang tu kat mana, susah.
5) 14 hari menunggu jawapan
Sebaik saja pihak defenden dapat surat mahkamah tu, dia orang ada masa 14 hari untuk bagi jawapan berkaitan kehadiran dia orang di mahkamah.
Untuk lapor kehadiran tu dia orang boleh wakilkan peguam, atau dia orang datang sendiri pun boleh.
Lepas tu dia orang ada tempoh masa 14 hari lagi lepas tu untuk bagi jawapan kepada tuntutan yang dibuat.
Apa akan jadi kalau dia orang tak laporkan kehadiran?
Kita boleh request Judgement in Default (JID). Bahasa mudahnya menang percuma. Tapi untuk dapatkan JID, peguam memang kena buktikan kat mahkamah yang kita memang dah bagi surat tu kat dia orang. Kalau hakim puas hati, barulah JID akan dijatuhkan.
Nilai saman yang menang bawah JID memang adalah exactly sama dengan apa kita tuntut dalam SOC.
6) Perbicaraan
Kalau dia lapor kehadiran, barulah dua pihak akan berentap kat mahkamah. Saksi-saksi akan dipanggil, dan peguam masing-masing akan persoalkan saksi dengan pelbagai soalan.
Pihak peguam yang bagus memang akan ada sesi training dengan semua saksi yang akan dipanggil. Untuk pastikan saksi tak tersalah jawab di mahkamah.
Sepanjang proses ni, plaintif tak wajib pun datang. Boleh je nak datang. Tak nak datang pun boleh. Melainkan pada waktu plaintif yang dipanggil sebagai saksi.
7) Keputusan
Keputusan akhirnya diputuskan hakim. Tapi seperti yang dikatakan sebelum ni, berapa nilai yang menang tu bergantung kepada hakim. Macam kes yang popular baru-baru ni, baca dalam paper nilai saman asal RM900,000. Tapi yang menang RM60,000 je.
Itu dapat tau nilai saman, lepas tu nilai lain-lain macam kos guaman dan lain-lain yang perlu ditaksirkan oleh mahkamah tu, dia akan bagi nilai pada waktu lain pulak.
😎 Kalau yang kalah tak bayar saman?
Biasanya jumlah saman dengan perintah mahkamah tu besar sampaikan majoriti orang biasa takkan mampu nak bayar.
Bila kalah tu, ada beberapa pilihan yang boleh diambil:
– Masukkan dalam penjara. Maksimum 14 hari. Kos penjara ditanggung kita.
– Bekukan akaun dia dan ambil semua duit dalam akaun dia.
– Sita harta dia dan lelong.
– Bankrapkan dia dan wajibkan dia bayar saman tu secara ansuran.
Dan of course setiap tindakan tu, ada kos yang perlu diambil yang boleh cecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Seluruh kes perbicaraan sehingga selesai boleh ambil masa 1-2 tahun. Kalau ada rayuan ke apa, tambah lagi tempoh masa. Kos yang ditanggung untuk bayar peguam dan mahkamah pun tambahlah lagi.
Jadi berbaloi ke ambil tindakan kat mahkamah?
Most of the time, tak. Haha. Melainkan tuntutan saman (yang ada asas, bukan saman malu) tu melibatkan jumlah yang sangat besar (lebih RM200 ribu) dan diyakini pihak defenden mampu untuk bayar.
Sangat ramai orang yang akhirnya nak settle belakang je lepas dah belanja puluhan ribu dekat kos guaman.
Kenapa? Sebab ianya memenatkan. Dan kalau menang pun, takde jaminan pun akan berakhir kat situ.
Duit kita yang dah hilang tu, kalau kita boleh survive 1-2 tahun tanpa duit tu, siap boleh bayar upah peguam, maksudnya hidup kita okey je tanpa duit tu.
Perasaan dendam dan marah? Manusia tu pelupa. Segala perasaan marah dan dendam tu akan pudar juga.
Kalau ada pun yang mungkin berbaloi sikit adalah untuk maruah diri. Tapi, itupun lepas 1-2 tahun. Kebanyakan orang tak ingat dah segala yang jadi.
Yang masih akan kekal selepas 1, 2, 3 tahun dengan kes saman ni, hanyalah kos guaman yang kita kena terus-menerus bayar untuk setiap tindakan di mahkamah.
Owh yea, satu lagi jenis yang akan suka dan teruskan tindakan mahkamah. Scammer yang nak tutup mulut orang yang dia scam.
Total kos saman orang? Paling murah habis RM20,000. Boleh pergi sampai RM50,000-70,000. Kos nak bankrapkan dia ada lagi dalam RM40,000+. Kalau meleret ke rayuan tambah lagi kos.
P/S: Gambar adalah keputusan mahkamah saman 2 orang ex staff yang pakat songlap duit company dulu.

BACA: Ini Kisah Satu-Satunya Peminjam Yang Berjaya Saman PTPTN Di Mahkamah
Sumber: Izzuddin Yussof
Trending now



