Tindakan Pengusaha Sayur Di Kelantan Buang 50 Tan Sayur Sehari Undang Kecaman

Tindakan Pengusaha Sayur Buang 50 Tan Hasil Tanaman Undang Kecaman Ramai

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tindakan pengusaha sayur buang 50 tan hasil tanaman cetus kemarahan netizen.

Beberapa hari lalu, buletin TV3 melaporkan pengusaha sayur di Gua Musang terpaksa membuang hampir 50 tan hasil tanaman daripada 20,000 ekar kawasan pertanian berikutan tiada peraih atau pembeli.

Kejadian ini dipercayai kesan yang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah dikuat kuasa kerajaan sejak 18 Mac lalu dan diumum akan dilanjutkan sehingga 28 April ini.

BACA: Tempoh PKP Sah Dilanjutkan Dua Minggu Lagi Sehingga 28 April

Menerusi laporan TV3, pengusaha sayur di tanah tinggi Lojing, Gua Musang memberitahu mereka terpaksa menggunakan tiga buah lori untuk membuang sayuran berkenaan.

Sukar mendapat permintaan berikutan lebih banyak sayur diimport, golongan pengusaha ini meminta agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu mereka.

Mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen, rata-rata meluahkan rasa terkilan mereka kerana pengusaha berkenaan seakan lebih rela membuang hasil tanaman mereka daripada menjualnya dengan harga lebih murah.

Ada juga yang mempersoalkan daripada dibuang mengapa hasil berkenaan tidak ‘diberikan’ kepada mereka yang kesusahan mahu pun ke pihak zoo untuk dijadikan sebagai makanan haiwan-haiwan di sana.

Tindakan Pengusaha Sayur Di Kelantan Buang 50 Tan Sayur Sehari Undang Kecaman 1

Terdahulu, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, nasib haiwan dan kakitangan Zoo Negara kini hanya bergantung kepada dana selepas mereka tidak dapat menjana pendapatan daripada penjualan tiket masuk.

BACA: Tiada Pelawat Ketika PKP, Nasib Haiwan Dan Pekerja Di Zoo Negara Hanya Bergantung Pada Dana

Kos operasi yang tinggi menyebabkan pihak Zoo Negara terpaksa melakukan inisiatif seperti program ‘haiwan angkat’ agar memperolehi dana untuk menampung kesemua kos yang ada.

https://www.facebook.com/odisimy/posts/1880801345386406?__cft__[0]=AZXWnYpV8JoHjACumRZ6dXFSoNdHrPmD8aPFQADCy44WeVvgd0D7w14-W8OFkuNuZOS3d1UO75fdU6EvbOvSeqvuFysI-zFWTNKUcLY-Z3eaTxk4i-cM6wDjYHVLPxh9UkvgPRNbgsCikUBKOUS5_kdbUjbtntUZSZkBqZgx_DuddQ&__tn__=%2CO%2CP-R

Untuk pengetahuan anda, kos penjagaan Harimau Malaya sahaja boleh mencecah RM500,000 setahun yang mana membawa kepada sekitar RM42,000 sebulan.

Tiga hari lagi, Malaysia akan memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan ketiga. Perintah yang merangkumi kepada keseluruhan ini tidak dinafikan menyebabkan sebilangan rakyat hilang punca pendapatan, namun demi kesejahteraan sejagat, langkah ini penting diambil serius supaya rangkaian COVID-19 dapat diputuskan dengan jaya.

Sumber: Buletin TV3