
Tindakan Ebit Liew Beri Sumbangan Kepada Asnaf Kedah Dibidas Pegawai Menteri Besar
Tindakan Ebit Liew bantu golongan asnaf dibidas beberapa pegawai jabatan kerajaan negeri.
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Liew memang sering dilihat membantu mereka yang dalam kesusahan.
BACA: Tular Kisah Cerai Da’i TV3, Ini Pesanan Ustaz Ebit Lew Buat Lelaki Yang Bergelar Suami
Semalam, Ebit Liew memuat naik satu hantaran Facebook yang menceritakan kisah berbelas orang kanak-kanak yang tinggal bersama seorang datuk yang strok.
Hidup dalam rumah yang berbau dan kotor, kisah kesusahan hidup anak-anak yang mempunyai kad pengenalan di sebuah kawasan di Alor Star ini telah menyentuh hati ramai pihak.
https://www.facebook.com/ebitlew/posts/2897571777027753
Namun tindakan beliau kali ini yang memberi bantuan kepada golongan asnaf di Kedah ‘tidak disenangi’ oleh kakitangan di pejabat Menteri Besar Kedah yang mengatakan telah menerima kecaman teruk daripada masyarakat kerana tidak cakna dengan kesusahan rakyat di negeri itu.
Pegawai di jabatan berkenaan menerusi laman Facebooknya menjelaskan sewajarnya sebelum memberikan sebarang bantuan, pihak mereka perlu dimaklumkan terlebih dahulu.
Katanya hanya kerana cerita tular di satu pihak sahaja, bukan sahaja penduduk yang terpaksa menerima tempias malah pihak masjid, pihak zakat dan tuan tanah telah menerima kritikan netizen yang bertindak tanpa menyelidik cerita di sebaliknya.


Menyifatkan tindakan Ebit Liew sebagai tidak baik, seorang pegawai di jabatan sama turut meluahkan rasa yang sama.
Kata Hafiz, mana mungkin ada manusia atau pun pemimpin tempatan yang mahu membiarkan sesebuah keluarga hidup dalam kesusahan dan pastinya akan ada bantuan yang disalurkan, namun
“Kita hanya mampu membantu.. hang hidang pi la lauk macam mana pun depan mata. Tapi kalau tuan punya badan nak suap sendiri pun malas, takdak manusia yang boleh bantu lagi.“
https://www.facebook.com/McHafizAzmi/posts/3158489787516296
Dalam perkembangan terbaharu, Ebit Liew mengemas kini bahawa keluarga tersebut telah berjaya dibantu dipindahkan ke sebuah rumah yang lebih besar dan selesa.

Menawarkan diri akan membantu membayarkan sewa rumah sebanyak RM800 sehingga bila-bila, menurut Hafiz keluarga berkenaan pernah tular sebelum ini dan menerima pelbagai kunjungan daripada pelbagai pihak, namun baru kini masalah berkenaan selesai.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2985701871656482&set=a.1438714653021886&type=3
Sumber: Ebit Liew
Trending now



