
Timbul Isu Antara Dua Darjat Vaksin Sinovac Dan Pfizer, Ini Penjelasan Pakar
Vaksin pun ada dua darjat?
Jika sebelum ini orang ramai tidak puas hati melihat hukuman bagaikan dua darjat bagi mereka yang melanggar PKP, kini kecoh pula apabila timbul isu perbandingan vaksin COVID-19.
Ada yang menganggap vaksin Sinovac untuk rakyat kelas bawahan manakala Pfizer untuk golongan VVIP.
Difahamkan, wujud pertikaian mengenai keberkesanan vaksin Sinovac yang dibawa dari China berikutan ujian klinikal di negara yang menggunakan vaksin berkenaan berbeza.
Tambahan pula, terdapat isu ‘potong barisan’ yang dilakukan oleh sesetengah individu bukan daripada barisan hadapan dan kumpulan yang ditetapkan kerajaan untuk menerima vaksin pada fasa pertama.
Walau bagaimanapun, dakwaan wujud dua darjat vaksin adalah tidak betul, menurut laman Facebook Public Health Malaysia.
“Kami suka menjawab pertikaian ini dalam bentuk analogi. Kita gunakan Tesla dan Bentley sebagai contoh.
“Tesla adalah kereta elektrik, Bentley pula adalah kereta yang menggunakan petrol. Kedua-duanya mempunyai agenda yang sama. Iaitu selamat dan sampai ke destinasi yang dituju.
“Malah untuk katakan sinovac itu produk murahan juga salah. Sebab mengikut infografik yang viral sekarang ini, kosnya lebih sedikit mahal berbanding pfizer.

“Pembelian vaksin akan menerusi pharmaniaga secara pukal, dan akan dipakejkan di dalam negara. Pastinya kos akan jadi lebih murah.
Jelasnya lagi, terdapat empat lagi vaksin yang sedang berusaha untuk mendapat kelulusan Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
“Percayakan NPRA KKM. Prosesnya sukar. Bukan mudah untuk bawa vaksin dan digunakan di dalam negara. Merekalah pelindung kita daripada bahaya ubat-ubatan,” tulisnya.
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1715215348768330/2875742402715613/
Dalam pada itu, China memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa vaksin keluaran negara itu selamat dan berkesan – telah dijalankan di banyak negara dengan lebih 36 juta dos vaksin.
Selain itu, vaksin Sinovac juga telah diputuskan sebagai halal oleh pihak berkuasa Indonesia.
Sinovac yang juga dikenali sebagai CoronaVac, diperoleh menerusi perjanjian bekalan meliputi sebanyak 14 juta dos yang dimeterai antara Pharmaniaga Bhd dan syarikat farmaseutikal China, Sinovac Life Sciences Co Ltd.
BACA: Kesan Sampingan Suntikan Vaksin Yang Bakal Diguna Rakyat Malaysia, Ini Apa Yang Perlu Kita Buat