Sindiket Jual MyKad

Pegawai Kerajaan Antara Dalang Jualan MyKad Kepada Warga Asing

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam operasi khas minggu lalu, beberapa kakitangan dan pegawai sebuah jabatan kerajaan di Pulau Pinang termasuk di Putrajaya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Dilaporkan ini berkenaan dengan kejadian jualan MyKad secara haram kepada warga asing.

Aktiviti tidak bermoral ini terbongkar apabila wanita warga China berusia antara 25 tahun hingga 30 tahun datang ke Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang dan mengemukakan MyKad milikinya bagi melakukan urusan membuat pasport Malaysia.

Namun status kewarganegaraan wanita tersebut diragui selepas timbulnya masalah komunikasi antara diri beliau dengan pegawai bertugas kerana gagal menjawab semua soalan yang diajukan dalam Bahasa Melayu.

Sindiket Jual MyKad 1

Namun apabila dilakukan pemeriksaan, MyKad yang dibawa wanita tersebut sah menyebabkan pihak Jabatan Imigresen membuat laporan polis.

Hasil daripada siasatan yang dilakukan PDRM, sehingga hari ini beberapa individu ditahan itu telah menjual lebih enam keping MyKad termasuklah pegawai kerajaan berpangkat tinggi kerana terlibat dalam kes jualan MyKad membabitkan nilai RM350,000.

Terbaharu, netizen persoal pemain import mudah dapat MyKad, tapi anak pedalaman sebaliknya.

Seorang pemain bola import dari pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi baru sahaja sah menjadi warganegara Malaysia melalui proses naturalisasi selepas menerima kad pengenalan (MyKad) di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.

Beliau yang berasal dari Kosovo menjadi pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya.

Namun, pemberian taraf kewarganegaraan kepada Liridon itu dipersoal netizen. Rata-ratanya mempersoal begitu mudah pihak atasan memberi taraf kewarganegaraan kepada pemain-pemain import yang bukannya lahir di Malaysia sedangkan kanak-kanak di kawasan pedalaman sukar untuk mendapat taraf itu.

Sumber: Harian Metro

John Wick lawan guna pensel dan buku sahaja tetap boleh menang.

Aksi John Wick Tewaskan Musuh dengan Pensel dan Buku

dan jangan lupa subscribe Youtube ODISI.