TikTok: Sejarah Berdepan Dakwaan Undang-Undang Dan Pendapat Mufti Mengenai Penggunaannya

Merupakan aplikasi perkongsian video yang dimiliki oleh ByteDance  yang bertapak di Beijing, TikTok diasakan pada 2012 oleh Zhang Yiming.

Digunakan untuk menghasilkan video tarian pendek, lip-sync, aksi komedi dan video seni, aplikasi yang dilancarkan di iOS dan Android ini kemudiannya berjaya dibawa keluar dan dipasarkan luar dari China.

Dilancarkan di pasaran China pada September 2016, TikTok kemudiannya menjalinkan kerjasama dengan aplikasi musical.ly dan menjadi boleh dicapai di Amerika Syarikat.

BACA: Menteri Pengajian Tinggi Dikritik, Tidak Sampai Sehari Poster Anjur Pertandingan TikTok Dipadam

Selepas daripada jalinan kerjasama itu, populariti aplikasi TikTok ‘meroked’ dengan jayanya dan berjaya menjadi aplikasi paling banyak dimuat turun di Amerika Syarikat pada Oktober 2018, dan pada 2019, aplikasi ini tersenarai sebagai aplikasi ke-7 paling banyak dimuat turun dalam tempoh masa sedekad bermula 2010 hingga 2019 dan menjadi aplikasi nombor satu yang dimuat turun paling banyak di App Store pada 2018 dan 2019.

Perak Guna Tik Tok Promosi Pelancongan
Sumber: ITP Live

TikTok pernah diharamkan di Indonesia pada 3 Julai 2018 selepas dituduh sebagai satu aplikasi yang mempromosikan pornografi, kandungan tidak sesuai dan mengkufurkan Tuhan (blasphemy).

TikTok kemudiannya berjanji untuk meletakkan 20 orang kakitangan bagi menapis kandungannya di Indonesia sebelum larangan berkenaan ditarik kembali pada 11 Julai 2018.

Bukan itu sahaja, November 2018, Bangladesh telah menyekat akses internet ke aplikasi berkenaan, manakala beberapa ahli politik di India pula meminta agar aplikasi berkenaan dikawal ketat kerana mengandungi kandungan seksual, buli siber serta deepfakes.

Pernah ditegur kerana ada media yang seakan menggambarkan kehamilan remaja, pada Januari 2019 kerajaan China memberitahu pengasas aplikasi bertanggungjawab dengan kandungan yang dikongs dan menyenaraikan 100 jenis kandungan yang akan ditapis mereka.

Antaranya yang terkena ialah video mengenai hak asasi manusia di China iaitu isu Xinjiang. Video seorang remaja perempuan yang pada awalnya berpura-pura menunjukkan cara melentikkan bulu mata yang kemudiannya mengkritik China berkenaan isu tersebut telah dipadam dan akaun remaja berkenaan digantung selama sebulan sebelum didakwa sebagai satu kesilapan teknikal.

BACA: TikTok Tarik Balik Sekatan Video Remaja Kutuk China Berhubung Isu Xinjiang

Antara dakwaan undang-undang yang pernah didepani TikTok:

1. Peralihan data peribadi

Di California, TikTok pernah disaman kerana telah mengalihkan infomasi peribadi pengguna Amerika Syarikat kepada beberapa jaringan yang berlokasi di China, dimiliki oleh Alibaba dan Tencent.

2. Kematian, kecederaan dan kesihatan mental

Beberapa kematian pernah didakwa adalah disebabkan oleh aplikasi ini. Sejak Oktober 2018, terdapat 48 kematian dan 23 kecederaan yang berpunca daripada aplikasi video ini antaranya aksi stunt. Bukan itu sahaja aplikasi ini didakwa sebagai punca kepada berlakunya peningkatan pesakit mental akibat daripada buli siber di bahagian komen.

3. Benarkan kanak-kanak bawah umur mendaftar tanpa kebenaran penjaga

Tahun lalu, TikTok pernah disaman sekumpulan ibu bapa Amerika Syarikat kerana didakwa membenarkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun mendaftar tanpa kebenaran penjaga dan melanggar Children’s Online Privacy Protection Act (COPPA).

Sehari selepas saman difailkan, TikTok bersetuju membayar pampasan sebanyak USD1.1 juta kepada plaintif.

BACA: Didakwa Galakkan Pornografi, Aplikasi TikTok Diharamkan Di India

Menjadi lubuk kepada pemangsa mencari mangsa perempuan bawah umur, Tiktok didakwa Forbes sebagai penuh dengan kandungan lucah membabitkan remaja perempuan.

Di Malaysia, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan meletakkan hukum dibolehkan untuk bermain TikTok dan laman media sosial yang lain sekiranya digunakan untuk perkara bermanfaat.

Antara penetapan hukum dalam hiburan seperti media sosial ialah:

  • Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik ataupun buruk kepada manusia kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
  • Haram, sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang diharamkan syarak
  • Dibenarkan dan digalakkan, sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/521-522)

Sumber: Wikipedia, Jumpa Kat Mahkamah