
Tiga Penyokong Malaysia Cedera Ketika Kekecohan Di Stadium Gelora Bung Karno
Perlawanan semalam menyaksikan Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi sulung pusingan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.
Namun perlawanan itu dicemari pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan. Insiden itu tercetus selepas perlawanan berakhir dengan Harimau Malaya menang 3-2. Difahamkan, penyokong Indonesia yang berang dan kecewa dengan kekalahan skuad Garuda, bertindak menyerang penyokong Malaysia dengan merempuh kawasan tempat duduk mereka.

Kekecohan yang berlaku itu menyebabkan tiga rakyat Malaysia cedera. Salah seorang penyokong Harimau Malaya, mengatakan bahawa rakannya cedera semasa insiden awal yang memaksa perlawanan itu dihentikan sejurus selepas babak kedua bermula.
Salah seorang penyokong Malaysia tergelincir dan jatuh semasa kekacauan di stadium. Menerusi satu klip video yang tersebar di media sosial, seorang penyokong Malaysia yang dipercayai cedera terkena balingan suar penyokong Indonesia, diusung pasukan perubatan keluar dari kawasan tempat duduk.
@FIFAcom please do something for indonesia fans !! pic.twitter.com/SVEaoQG1CE
— Kiming ✨ (@abebeoh) September 5, 2019
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut menyaksikan perlawanan di Stadium Gelora mengesahkan penyokong Malaysia diserang objek keras.
Sumber berita Indonesia melaporkan Menteri Sukan Indonesia, Imam Nahrawi dijangka bertemu dengan Syed Saddiq pada pagi ini atas insiden itu. Malah kesemua 24 orang pemain kebangsaan dan pegawai Malaysia meninggalkan stadium dengan menaiki Barracuda dengan diiringi oleh pihak berkuasa Indonesia akibat kebimbangan terhadap keselamatan mereka.
Cuba teka player dengan management Malaysia kena naik apa? Hehehehe pic.twitter.com/o0O3CfIo4t
— HermyR (@HermyRahim) September 5, 2019
Pasukan Malaysia bakal menghadapi perlawanan dengan pasukan United Arab Emirates di Stadium Bukit Jalil pada Selasa nanti.
Sumber: Malaysia Kini