Tiga Kali Catat Sifar Kes Tempatan Petanda Baik Malaysia Bakal ‘Bebas’ 1

Tiga Kali Catat Sifar Kes Tempatan Petanda Baik Malaysia Bakal ‘Bebas’ Tidak Lama Lagi

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Setakat hari ini, Malaysia sudah tiga kali catat sifar kes penularan tempatan.

Hari ini, gambar telur ayam masih menghiasi media sosial bagi menyatakan sifar kes untuk jangkitan tempatan wabak pandemik COVID-19.

Sifar kes tempatan buat pertama kalinya dicatat pada 1 Julai lalu dengan satu kes positif import, sifar kes tempatan kedua dicatatkan semalam (8 Julai) dengan tiga kes import dan hari ini (9 Julai) dengan enam kes import merupakan kali ketiga ianya dicatatkan dan merupakan hari kedua sifar kes berturut.

Malah kluster terbesar di Malaysia iaitu Kluster Perhimpunan Masjid Seri Petaling yang melibatkan lima generasi juga secara rasmi diumumkan telah tamat semalam.

Dengan data yang dicatatkan ini membawa makna bahawa Malaysia semakin menghampiri matlamat mengakhirkan wabak COVID-19 pada pertengahan Julai ini.

BACA: Wabak COVID-19 Di Malaysia Dijangka Berakhir Pada Pertengahan Julai Ini

Memuji kepatuhan rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan rakyat, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun tetap mengingatkan rakyat Malaysia agar jangan terleka dengan pencapaian ini sebaliknya terus mengamalkan displin penjarakan sosial serta penjagaan kebersihan diri.

Tiga Kali Catat Sifar Kes Tempatan Petanda Baik Malaysia Bakal ‘Bebas’
Sumber: MStar

Penghargaan juga diberikan pada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sepanjang wabak ni melanda negara.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu menjadi salah satu kepada kejayaan pengawalan penularan ini dalam kalangan rakyat di Malaysia.

Walau bagaimanpun, menurut Dr Noor Hisham tempoh 28 hari diperlukan untuk sifar kes bagi memboleh pengisytiharan negara bebas daripada wabak pandemik ini dilakukan.