Tiga Jenis Mimpi Tak Boleh Cerita

Tiga Jenis Mimpi Yang Tak Boleh Cerita Kepada Sesiapa Menurut Rasulullah SAW

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Sama ada baik ataupun buruk sesuatu mimpi, semacam menjadi kebiasaan kita untuk menceritakannya kepada orang lain.

Namun begitu, Islam sebenarnya mengajar umatnya agar tidak menghebahkan mimpi kepada orang lain.

Sudah tentu ada sebabnya kepada larangan tersebut, terutama jika mengalami tiga jenis mimpi ini. Pendakwah dan penceramah televisyen, Ustaz Elyas Ismail berkongsi mengenai jenis-jenis mimpi yang tidak sesuai untuk diceritakan kepada umum.

Tiga Jenis Mimpi Tak Boleh Cerita

Tiga jenis mimpi tidak boleh dicerita kepada orang lain

Menerusi pencerahan yang dikongsikan oleh Ustaz Elyas di laman Instagram, terdapat tiga jenis mimpi yang tidak patut diceritakan kepada sesiapa melainkan kepada dua jenis orang iaitu orang alim atau pun orang yang memberi nasihat.

“Kata Nabi SAW : “Jangan kamu cerita mimpi pada orang kecuali pada dua jenis orang. Pertama sekali pada orang yang alim atau pun memberi nasihat yang ikhlas.

“Khususnya ada tiga jenis mimpi, jangan cerita dekat orang. Pertama sekali mimpi yang melibatkan kematian, apa jua bentuk kemalangan, kecelakaan yang berlaku pada kita atau pun kepada keluarga. Jangan cerita kat orang.

“Yang keduanya adalah mimpi-mimpi yang pelik-pelik, yang mungkin melibatkan nyawa, mungkin melibatkan kerosakan harta benda. Jangan cerita pada orang.

“Dan yang ketiganya mimpi yang mungkin ianya ada mesej yang mungkin boleh merosakkan akidah. Lagilah jangan cerita pada orang.

“Habis tu apa nak buat? Seeloknya kita minta berlindung kepada Allah SWT, ta’awwuz dan minta supaya Allah Taala jauhkan kita dari sebarang bentuk kemudaratan.” Jelasnya.

Kita juga diingatkan agar jangan suka-suka untuk mentafsirkan mimpi, sama ada mimpi sendiri ataupun orang lain kerana dikhuatiri mimpi berkenaan disalahtafsirkan dan disalah anggap oleh masyarakat sehingga menjadi fitnah.

BACA: Kes Tertanam Hidup-Hidup Akibat Terima Pengkhabaran Harta Karun Oleh Bomoh Dalam Mimpi Ini Patut Dijadikan Pengajaran

Sumber: Instagram Ustaz Elyas Ismail, Sinar Harian