
Tidak Setuju Ditutup, Masjid Putra Dibuka Semula Kepada Semua Pelancong
Lesung batu digunakan sejak zaman dahulu lagi. Berfungsi untuk melumatkan bahan masakan, lesung batu juga membangkitkan rasa kesedapan pada masakan. Kini, berbeza dari kecanggihan teknologi, blender telah digunakan untuk mengisar bahan masakan dalam kuantiti yang banyak.
Mak-mak kita memang setia sejak dari dahulu dengan lesung batu walaupun dah ada blender. Jika kita gunakan lesung batu setiap hari, perlu bagi kita memastikan lesung batu sentiasa terjaga rapi.
Berikut kami kongsikan tips penjagaan lesung batu.
1. Dibasuh Bersih

Selepas menggunakan lesung batu terutama apabila menumbuk kunyit juga cili padi, pastikan dibasuh dengan bersih untuk menghilangkan bau dan warna-warna yang meninggalkan kesan pada lesung batu.
Sekiranya bau melekat kuat, anda boleh menggunakan air limau kasturi atau limau nipis untuk menghilangkan baunya.
2. Tumbuk Garam Dan Asam Jawa
Ambil 3 sudu garam dan tumbukkan bersama air asam jawa. Ini bertujuan untuk membersihkan sekaligus menajamkan mata dan bahagian bawah lesung batu.
3. Pastikan Bahagian Bawah Batu Lesung Kering

Telungkupkan lesung batu selepas dibasuh supaya tiada air bertakung di bahagian bawahnya.
Anda juga boleh menjemur atau mengelap bahagian bawah lesung batu sebelum disimpan.
Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Sekiranya anda mempunyai tips penjagaan lesung batu, boleh kongsikan bersama kami.
“Sharing is caring.”
Trending now



