
Tidak Relevan Pasaran Kerja, Ini 38 Program Universiti Yang Digugur
Setiap tahun, pengangguran dalam kalangan siswazah menjadi antara isu yang diperbincangkan sama ada di pihak berkuasa mahupun pihak-pihak yang berkepentingan. Ini disebabkan jumlah golongan berkelulusan tinggi tetapi tidak mempunyai kerja, bukan semakin surut sebaliknya meningkat saban tahun.
Demi mempertimbangkan keperluan dan perkembangan semasa, Kementerian Pendidikan menggugurkan sebanyak 38 program akademik universiti-universiti awam di sini yang sudah lagi tidak relevan.
Memetik laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat kerana bidang pengajian pada peringkat sarjana dan sarjana muda terbabit, tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan sejajar permintaan semasa industri.
Keputusan itu melibatkan kebanyakan program dalam bidang sains dan kejuruteraan bagi peringkat sarjana dan sarjana muda.
Setiap universiti awam menggugurkan sekurang-kurangnya dua kursus pengajian di samping beberapa lagi program akademik turut dalam pemerhatian, sama ada digugurkan atau distruktur semula selaras perubahan pasaran pekerjaan di Malaysia.
Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Siti Hamisah Tapsir berkata negara perlu mendepani Revolusi Industri 4.0 yang sedang melanda, dan justeru itu ada program akademik yang perlu diganti dengan program baru selari keperluan industri.

Manakala pengajian berkaitan sejarah dan sastera masih diperlukan bagi pembangunan negara dan masyarakat walaupun negara sedang melalui perubahan teknologi.
Justeru, JPT perlu memastikan setiap siswazah memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk kebolehpasaran kerja.
Berikut merupakan senarai pengajian yang telah dimansuhkan daripada universiti awam.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
– Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan)
– Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Keusahawanan dan Perdagangan)
Universiti Malaya
– Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka Bentuk Produk)
– Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar).
Universiti Kebangsaan Malaysia
– Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
– Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan)
Universiti Putra Malaysia
– Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah)
– Sarjana Pengurusan Air
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
– Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)
– Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam – Sekolah Rendah)
Universiti Malaysia Terengganu
– Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan)
– Sarjana Sains Kaunseling.
Universiti Malaysia Sarawak
– Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri)
– Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Telekomunikasi)
Universiti Malaysia Sabah
– Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
– Sarjana Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)
Universiti Malaysia Perlis
– Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Fotonik)
– Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Rangkaian Komputer)
Universiti Malaysia Pahang
– Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses)
– Sarjana Kejuruteraan (Kimia)
Universiti Malaysia Kelantan
– Sarjana Muda Siberologi (Animasi dan Ludologi)
– Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Komunikasi)
Universiti Utara Malaysia
– Sarjana Sains (Perbankan Islam)
– Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
– Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Pemacu)
– Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri)
Sumber: Berita Harian
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S7H5InPqG/