
Tidak Perlu Beratur Lama, Pengguna China Lakukan Transaksi Dengan Imbasan Wajah
Pasti tertanya-tanya bagaimana rupa keadaan rumah agam kediaman rasmi Perdana Menteri kita. Kini orang ramai berpeluang berkunjung ke kediaman rasmi yang terletak di Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya.

Rumah agam ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat dan cuti am bermula pada 9 pagi hingga 4 petang dan akan ditutup sebentar pada waktu rehat. Untuk cuti sekolah ini, lawatan berpandu disediakan setiap hari Isnin hingga Khamis, tetapi perlu menempah tujuh hari lebih awal.
Setiap lawatan berpandu mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan pengunjung perlu berpakaian kemas dan sopan serta membawa kad pengenalan atau pasport untuk tujuan pendaftaran. Pengunjung juga dilarang merakam gambar sepanjang berada di dalam kompleks itu.
Pengunjung boleh lawati di kawasan tertentu Seri Perdana iaitu di Blok Protokol dan Blok Bankuet, selaras dengan prinsip Seri Perdana sebagai kepunyaan rakyat.
Kompleks ini dibina pada tahun 1997 dan siap dibina pada tahun 1999 di atas tapak seluas 42.5 ekar yang menggabungkan unsur seni bina Islam, Melayu dan Eropah. Orang pertama yang menduduki kompleks ini ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Perdana Menteri Keempat Malaysia.
Dan kediaman rasmi ini kembali semula kepada Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh, selepas memenangi pilihan raya umum ke-14.

Bagi sesiapa yang ingin mengisi masa lapang di sini dan memerlukan lawatan berpandu, anda boleh ke laman sesawang Seri Perdana untuk muat turun borang.
Sumber: Malay Mail
Trending now



