Tidak Mahu Bersubahat, AS Tekan China Tentang Isu Penindasan Etnik Uighur

Tidak Mahu Bersubahat, AS Tekan China Berhubung Isu Penindasan Etnik Uighur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tidak mahu bersubahat,  Amerika Syarikat menekan China berhubung isu penindasan etnik Uighur menyebabkan peningkatan pada ketegangan sedia ada dalam hubungan kedua buah negara besar itu.

Kongres Amerika Syarikat (AS) semalam membenarkan sekatan terhadap pegawai China berhubung penahanan minoriti Islam Uighur, beberapa jam selepas Setiausaha Negara, Mike Pompeo turut menekan China berhubung isu autonomi Hong Kong.

BACA: Tawar Ganjaran Mewah, China Anjur Program ‘Rog*l Sistematik’ Paksa Wanita Uighur Kahwini Lelaki Han

Majoriti Dewan Perwakilan Amerika Syarikat menyokong Undang-Undang Hak Asasi Manusia Uighur dengan menyatakan bahawa sekurang-kurangnya sejuta Uighur dan etnik Islam Turki lain di wilayah barat laut Xinjiang dipenjara di kem tersebut bagi tujuan kempen brain wash.

Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi berkata, Amerika Syarikat tidak boleh berdiam diri dengan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku di China hanya kerana beberapa kepentingan komersial.

Ini disokong Ahli Jawatankuasa Kanan Hal Ehwal Luar, Michael McCaul yang mendakwa China telah menaja budaya pembunuhan beramai-ramai dan tidak boleh berdiam diri dengannya kerana tidak mahu bersubahat dan beralah.

Tidak Mahu Bersubahat, AS Tekan China Berhubung Isu Musnahkan Kubur Etnik Uighur 1

Undnag-undang membolehkan pentadbiran Amerika Syarikat menentukan siapa pegawai China yang bertanggungjawab atas penahanan, penyiksaan dan gangguan terhadap etnik Uighur serta minoriti yang lain.

Amerika Syarikat kemudiannya boleh membekukan aset pegawai yang ditahan dan melarang kemasukan mereka ke sana.

Rujukan undang-undag itu secara khusus menyebut pegawai berkenaan adalah Ketua Parti Komunis di Xinjiang, Chen Quanguo yang dikenali atas dakwaan penindasan terhadap etnik minoriti sebelum ini pernah dihantar ke Tibet.

Sumber: Sinar Harian