
Tidak Fasih Baca Al-Quran, Pegawai Kerajaan Bakal Berdepan Tindakan Dipecat
Sejumlah pegawai kerajaan di kawasan pentadbiran di Gowa, Sulawesi Selatan dilaporkan berdepan tindakan dipecat jika tidak fasih membaca Al-Quran.
Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Al-Quran adalah petunjuk dan cahaya kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran.
Menurut portal tempatan, Ketua Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan berkata, beliau memberi tempoh selama enam bulan supaya pegawai berkenaan memperbaiki bacaan masing-masing, atau mereka bakal dibuang.
Difahamkan, daripada 76 pegawai kerajaan beragama Islam di Pejabat Daerah Gowa yang menjalani ujian, 14 daripada mereka didapati tidak fasih membaca Al-Quran.
Polisi kemahiran membaca Al-Quran bagi pegawai-pegawai kerajaan merupakan fasa pertama pelaksanaan dan Gowa merupakan daerah pertama di Sulawesi Selatan yang memperkenalkannya.

Kata Adnan, kesemua 76 pegawai itu terpilih untuk menjalani ujian membaca Al-Quran sebagai syarat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam beberapa jabatan. Pemilihan kesemua pegawai itu adalah selepas mendapat keizinan daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Ujian kefasihan membaca Al-Quran menjadi prasyarat untuk kenaikan jawatan dalam pelbagai jabatan di Pejabat Daerah Gowa,” kata Ketua Jabatan Sumbner Manusia Pejabat Daerah Gowa, Muh Basir.
Menarik dan unik cara yang diperkenalkan oleh pentadbiran di Gowa ini.
Sumber: Kompas