Nora Anne Hilang

Tiada Unsur Jenayah, Polis Dedah Keputusan Bedah Siasat Kematian Nora Anne

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Misteri kehilangan remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin akhirnya terjawab apabila polis mengesahkan mayat perempuan berkulit putih yang dijumpai di lurah berdekatan anak sungai di Pantai Hills, Seremban jam 1.57 petang 13 Ogos lalu ialah Nora.

https://www.facebook.com/odisimy/photos/a.1530501650416379/1648339345299275/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARDQocTPaWjkmi7xftvsQlK1zUdxWcm5CypVJN1d5IR-sNtEYjxG4Dur-yTvYK3vTwYQUsNWyMg7u4bCRqIANFUuVGsHBVWJO7DsPFS-Huc78Asw4fkpTIMYdSKBGmqqdKklX2cC_1m-iccaZ6pkJ2RL4e50HygMvLpBHLdIY7muDKYFTBuSa32OG31g66XNmWaacvG8hmJt28TR4MAsC8x6MswVdAqMX-Eq4ZAZ_xXUJ7HzyDmrzE6XIkHN8PuPX_ySOpqtmhbVA34eMYNPDxfbvKRSnkHt-BUIr1JlagZpEfRN5RZUY1TYUJBXQ2Fwh1T0fVcHcZ8d4ajQdevLfP7LVqnn&__tn__=-R

Hasil daripada bedah siasat bermula jam 11.45 pagi hingga 11 malam semalam, pihak patologi mendapati bahawa kematian Nora Anne tidak mempunyai unsur jenayah seperti dirogol, sebaliknya disebabkan oleh kebocoran pada usus yang berkemungkinan kelaparan (ketiadaan makanan) dan stress berpanjangan.

Kehilangan Nora Anne 1

Beberapa sampel daripada tubuh Nora turut diambil dan akan dihantar ke jabatan kimia untuk dianalisis bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan proses autopsi tersebut.

Di kaki mangsa juga terdapat beberapa kecederaan ringan namun ianya sekadar kecederaan kecil dan tidak cukup bahaya sehingga menjadi punca kepada kematiannya. Nora Anne turut disyaki meninggal dalam tempoh masa dua hingga tiga hari selepas kehilangannya.

BACA: Masuk Hari Ke-5, Keluarga Nora Anne Percaya Remaja Hilang Diculik

Polis juga menolak dakwaan beberapa pihak di Twitter yang mengatakan bahawa mangsa dirogol oleh orang asli dan tindakan akan diambil kepada pihak yang menyebarkannya selepas laporan dibuat.

Sumber: Astro Awani

Tiada lagi Ultraman tipu di Malaysia.

Penghapusan Ultraman Ciplak di Malaysia

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.