Zakir Naik Mohon Maaf

Tiada Niat Sakiti Masyarakat Bukan Islam, Zakir Naik Mohon Maaf

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selepas mengharungi beberapa episod berkaitan dengan kenyataan yang telah diputar belit media, pendakwah terkemuka Dr Zakir Naik memohon maaf atas sebarang salah faham kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataannya itu.

Zakir Naik memberi keterangan kali kedua selama 10 jam di pejabat polis Bukit Aman, berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau sentiasa menjadi orang yang cintakan keamanan.

“Walaupun saya telah menjelaskan perkara sebenar, namun saya rasa saya perlu meminta maaf kepada mereka yang tersinggung kerana salah faham ini.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak menyimpan perasaan sakit hati terhadap saya dan bukan niat saya menganggu sesiapa. Jadi saya memohon maaf atas salah faham ini,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Beliau menambah, sering berhadapan dengan pengkritik yang cuba menghalang daripada menjalankan misi dakwahnya. Zakir Naik bimbang ia membawa kemudaratan kepada imej Islam dan berfungsi untuk membuat orang jauh daripadanya.

Zakir Naik Mohon Maaf
Sumber: Al-Jazeera

“Hari ini, saya menjelaskan pendirian saya kepada polis. Bagaimanapun, saya sedih bahawa episod ini menyebabkan ramai orang bukan Islam yang menganggap saya sebagai seorang yang rasis.

“Apa yang merisaukan saya, mereka yang terluka tidak pernah mendengar ucapan saya tetapi hanya berdasarkan tanggapan mereka terhadap petikan (ucapan) di luar konteks,” katanya.

Susulan kontroversi itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang beliau daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara demi keselamatan negara dan keharmonian kaum.

Tujuh negeri telah melarang ceramah oleh pendakwah tersebut, antaranya Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.

BACA: Selain M Kulasegaran, Ini 4 Individu Lain Terima Surat Peguam Zakir Naik

Sumber: Awani

 

Makin banyaklah peluang pekerjaan dengan adanya JStarS Group dan KOLS.

JStarS Group and KOLS : Grand Launch

dan jangan lupa subscribe Youtube PLAY ON DEMAND.