
Tiada Niat Perlekeh Orang Melayu, Tapi Mahu Anak Muda Sedar Kepentingan Bahasa Asing – Maya Karin
Baru-baru tular mengenai ciapan aktres terkenal tanah air, Maya Karin di akaun peribadinya yang mempersoalkan mengenai penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan orang Melayu semasa menyampaikan ceramah di Terengganu.
I asked a little girl yesterday at my library talk in Terengganu. “How old are you?” *senyap.
“How old are you?” *senyap again. So I changed it to “Adik umur berapa tahun?” Terus jawab “10tahun”
Think about it. @fromKMR @niknazmi @maszlee— Maya Karin (@maya_karin) October 4, 2019
Banyak menimbulkan perdebatan, ada netizen yang memberikan respon bahawa orang Melayu sebenarnya bukanlah tidak pandai atau tidak memahami Bahasa Inggeris sebaliknya hanya malu dan tiada keyakinan untuk menuturkannya.
https://twitter.com/hazira_h2m/status/1180074736736301056
Ada juga yang berkongsikan bahawa penguasaan bahasa sendiri iaitu Bahasa Melayu adalah lebih penting berbanding bahasa asing kerana Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia merupakan bahasa utama pertuturan di Malaysia.
Saya selalu jumpa di semasa bertugas di hospital di Lembah Klang, "boleh saya tahu nama pesakit?" *Senyap. "Boleh saya tahu nama pesakit?" *Senyap. "Puan faham Bahasa Melayu?" *geleng. Terpaksa cari kawan yg boleh berbahasa mandarin / tamil untuk rawat pesakit
— Akmal Samudi (@TheRealAkmal) October 4, 2019
Tampil memberikan penjelasan, kata Maya ciapan tersebut bukanlah dengan niat mahu merendahkan atau memperlekehkan orang Melayu, tetapi mahu memberi kesedaran terhadap kepentingan menguasai bahasa asing selain daripada Bahasa Melayu.
Fokus utama ciapan beliau adalah untuk mempersoalkan mutu pendidikan negara dan daya keyakinan pelajar, namun kerana salah anggap yang timbul beliau banyak menerima kecaman daripada netizen di laman sosial.
Ada juga dalam kalangan netizen yang mempersoalkan mengapa Maya perlu fokuskan pada orang Terengganu. Kata Maya, kebetulan beliau berbicara di salah sebuah universiti di Terengganu, jadi beliau hanya berkongsikan kejadian yang berlaku di sana, bukannya mahu memfokuskan pada orang Terengganu.
Bagi Maya, kebolehan menguasai pelbagai bahasa membolehkan anak muda menerokai peluang pekerjaan yang lebih besar, sama ada daripada segi jenis pekerjaan, gaji, status atau pun pengetahuan.
If our children are not able to understand a simple question like, “How old are you?”, WE SHOULD BE WORRIED because English is a core subject taught in every school.
Something is terribly wrong with our public school system. #mayakarin https://t.co/PC1v0cm81h
— 🏴Mom of KL™️ 🇲🇾 (@amuse_gueule) October 6, 2019
Tiada niat mengagungkan bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris, bagi Maya kita perlu menerima hakikat bahawa Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan sekarang.
Walau bagaimanapun, ciapan Maya mengenai perkara ini masih lagi belum mendapat respon daripada Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2S39HzAFnv/