anwar

Tiada Lagi Subsidi Elektrik Dan Haji Kepada Golongan T20

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Individu yang memperoleh gaji melebihi purata atau mereka yang termasuk dalam kumpulan pendapatan 20% teratas (Golongan T20) tidak akan lagi menerima sebarang subsidi berkaitan dengan elektrik atau haji.

Artikel berkaitan:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa kerajaan akan menyelaras pengagihan subsidi mengikut kumpulan pendapatan melalui pelaksanaan pangkalan data sosioekonomi isi rumah, Pangkalan Data Utama (Padu)  yang dijangka akan siap pada akhir tahun ini.

Untuk mengatasi kebocoran, kerajaan telah memulakan tarif tenaga elektrik yang disasarkan pada pertengahan 2023 untuk mengekalkan tarif bagi isi rumah, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pengeluar pertanian.

Polisi baru untuk tingkatkan ekonomi Malaysia

anwar 1

Anwar menjawab soalan ini sebagai respons kepada pertanyaan dari Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Perikatan Nasional-Larut) yang menanyakan tentang polisi baru dan drastik yang telah dilaksanakan untuk meningkatkan ekonomi Malaysia.

Anwar mengatakan baru-baru ini bahawa is rumah seperti mereka yang menggunakan tiga kipas dan empat penghawa dingin, harus membayar kos sebenar penggunaan.

Pada awal Mac, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengatakan bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM10.76 bilion untuk menampung subsidi bil elektrik bagi pengguna domestik dan bukan domestik dalam kategori voltan rendah (LV) dari 1 Januari hingga 30 Jun, 2023.

Sementara itu, Anwar juga mengatakan bahawa kerajaan telah melaksanakan pendekatan sasaran untuk subsidi haji untuk B40, di mana kos yang ditanggung oleh kumpulan 40% terbawah (Golonhan B40) tidak akan dinaikkan.