Pasport Berkumpulan Tidak Boleh Guna Di Singapura

Tiada Lagi Pasport Berkumpulan Apabila Ke Singapura Mulai Januari 2021

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selain menggunakan pasport Malaysia yang berwarna merah, kita juga boleh ke luar negara terutama negara ASEAN dengan menggunakan pasport berkumpulan atau nama betulnya Surat Perjalanan Kumpulan.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia, Surat Perjalanan Kumpulan menggantikan pasport ini merupakan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara tempatan.

Maknanya, pasport ini boleh digunakan sebagai pengganti apabila bercuti ke negara ASEAN secara beramai-ramai dan amat berguna apabila salah seorang dalam kumpulan tidak mempunyai pasport merah. Minuman 5 orang dan maksimum 20 orang diperlukan dalam satu kumpulan untuk membuat dokumen ini.

Setakat ini, hanya dua negara ASEAN dikecualikan menggunakan pasport ini iaitu di Filipina dan Indonesia. Bagaimanapun, Singapura akan tersenarai sebagai negara yang dikecualikan penggunaan pasport ini berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Pihak berkuasa Singapura mengambil keputusan itu demi mengukuhkan keselamatan dan kecekapan pelepasan imigresen di pusat-pusat pemeriksaan di Singapura.

“Bagaimanapun, dokumen itu menimbulkan kebimbangan keselamatan kerana ia memudahkan perkongsian satu dokumen perjalanan oleh pelbagai pelancong,” menurut ICA dalam kenyataan di sini.

Pasport Berkumpulan Tidak Boleh Guna Di Singapura
Sumber: The Straits Times

Singapura juga turut tidak akan menerima apa-apa dokumen perjalanan kumpulan dari negara lain. Justeru, pelancong Malaysia yang menggunakan Surat Perjalanan Kumpulan diminta memohon pasport merah sekiranya merancangan ke Singapura bermula 2021.

Maklumat lanjut tentang Surat Perjalanan Kumpulan, boleh ke pautan ini.

Sumber: Bernama