Tiada Lagi Hukuman Sebat Di Arab Saudi 2

Tiada Lagi Hukuman Sebat Di Arab Saudi Atas Arahan Raja Salman

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tiada lagi hukuman sebat di Arab Saudi. Menurut dokumen daripada mahkamah tinggi kerajaan, Arab Saudi sudah menghentikan hukuman sebat sebagai salah satu bentuk hukuman di sana.

Keputusan menghentikan hukuman sebat dibuat sekitar bulan ini dibuat oleh Suruhanjaya Umum Mahkamah Agung ini akan digantikan dengan hukuman penjara atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dikatakan sebagai lanjutan daripada reformasi hak asasi manusia yang diperkenalkan di bawah arahan Raja Salman dan pengawasan langsung Putera Mahkota Mohammed bin Salman, sebatan digunakan sebagai salah satu hukuman di bawah cabang Undang-Undang Jenayah Islam atau Syariah.

Tiada Lagi Hukuman Sebat Di Arab Saudi 1
Sumber: Berita Harian

Dengan pembaharuan tiada lagi hukuman sebat ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (HRC) merasakan ianya adalah langkah penting dalam permulaan kepada agenda hak asasi manusia di Arab Saudi bagi mereformasi sistem kehakimannya yang tidak adil.

Walau bagaimanapun, bentuk hukuman badan lain seperti memotong tangan untuk kesalahan mencuri dan memenggal kepada kerana membunuh masih lagi belum dilarang di Arab Saudi.

Arab Saudi beberapa tahun belakangan ini telah melakukan pelbagai perubahan dalam sistem negara mereka dan ini termasuklah menarik balik peraturan sekatan ke atas wanita, selain daripada melonggarkan sedikit undang-undang pemakaian wanita asing susulan daripada pelancaran visa pelancongan pada September tahun lalu.

Susulan daripada wabak COVID-19 yang sedang melanda dunia, Arab Saudi meminta untuk menangguhkan persiapan haji dan umrah bagi tahun ini demi kesihatan umat Islam sedunia.

Sumber: Reuters