Aplikasi E-Wallet Parkir Kuala Lumpur

Tiada Lagi Guna Duit Syiling, Ini 4 Aplikasi E-Dompet Terpilih Bayar Parkir Di Kuala Lumpur

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

4 Aplikasi E-Dompet Terpilih Bayar Parkir Di Kuala Lumpur.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini menggunakan kaedah baharu bagi pembayaran caj tempat letak kereta bahu jalan di ibu negara bermula 1 Oktober 2020.

Dalam satu kenyataan, DBKL memaklumkan orang ramai boleh menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet (e-wallet) yang dipilih DBKL bagi menggantikan penggunaan mesin yang mana kaedah pembayaran melalui duit syiling.

Jadi bermula 1 Oktober 2020, kaedah baru pembayaran caj parkir kereta bahu jalan di Kuala Lumpur yang hanya menggunakan salah satu aplikasi mudah alih dan e-dompet seperti berikut:

1. EZ Smart Park

Aplikasi E-Wallet Parkir Kuala Lumpur

Aplikasi ini dikhaskan untuk membayar parkir kereta di sekitar Kuala Lumpur. Kaedahnya, anda hanya perlu top up duit terlebih dahulu dan masukkan nombor plat kenderaan untuk mula membayar.

Ia secara automatik akan mengesan lokasi anda berada. Aplikasi ini juga menyenaraikan kadar harga parkir kenderaan di semua daerah untuk kemudahan anda menyemak sebelum memakir kenderaan.

iOS dan Android

2. Wilayah Parking

Aplikasi E-Wallet Parkir Kuala Lumpur

Aplikasi ini mempunyai antara muka yang sama seperti Flexi Parking, dan akaun yang sama dapat digunakan untuk kedua-dua aplikasi tersebut.

iOS dan Android

3. Flexi Parking

Aplikasi E-Wallet Parkir Kuala Lumpur

Aplikasi ini bukan sahaja merangkumi parkir di Kuala Lumpur tetapi juga di Selangor, Terengganu, dan Kelantan.

Anda boleh menggunakan aplikasi ini untuk membayar tempat letak kereta serta saman meletak kenderaan dari dewan bandar mengikut negeri yang terbabit.

iOS dan Android

4. M-Cash

Aplikasi E-Wallet Parkir Kuala Lumpur

Anda boleh menggunakan e-dompet ini bukan sahaja untuk membayar parkir, tetapi juga untuk membayar bil telefon, air, dan elektrik anda.

Aplikasi ini telah dilancarkan untuk digunakan di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, dan Terengganu.

iOS dan Android

Dalam pada itu, DBKL turut memaklumkan pihaknya sedang melaksanakan perancangan dan integrasi dengan e-dompet Boost dan Touch n Go bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk kaedah pembayaran ini.

Sementara itu, pas harian dan pas bulanan untuk parkir masih belum beroperasi. Kemudahan ini akan diaktifkan setelah naik taraf sistem dilaksanakan. Manakala permohonan untuk petak khas masih beroperasi seperti biasa dan kadar caj tempat letak kereta masih kekal seperti sedia ada.

Bagi mereka yang kurang terdedah dengan teknologi seperti segelintir warga emas, DBKL masih memberi ruang dan masa untuk beralih kepada norma baharu ini.

Justeru, kepada pengguna kereta di Kuala Lumpur, sila sesuaikan diri anda dengan sistem baharu ini yang mana pastinya memberikan kerja anda lebih mudah.

Tak perlu bergerak ke mesin, hanya bayar parkir dalam kereta sahaja.

Sumber: Facebook DBKL