
Tiada Kompromi, Keluar Rumah Tanpa Tujuan Selepas Jam 7 Petang Akan Ditangkap – Polis
Sudah tiada kompromi lagi daripada pihak polis Sarawak.
Susulan daripada kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan sebagai usaha mengekang penularan COVID-19, polis Sarawak mengambil langkah drastik dan tegas.
BACA: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail menegaskan pihak polis akan bertindak menahan daripada memberi nasihat kepada individu yang ingkar terhadap perintah yang dikeluarkan kerajaan.

Individu yang didapati keluar tanpa tujuan selepas jam tujuh petang akan ditangkap serta mata dan tindakan itu tiada kompromi daripada pihak polis.
Tindakan agresif ini dikeluarkan susulan daripada arahan Kerajaan Negeri yang meminta agar semua premis ditutup pada jam tujuh malam.
Hanya mereka yang mempunyai kelulusan untuk bekerja atau pun yang medapat surat pengecualian daripada majikan dibenarkan untuk keluar bekerja pada waktu malam.
Perintah ini termasuklah dalam enam perkara iaitu larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara, sekatan menyeluruh semua perjalanan, sekatan kemasukan semua pelancong, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) dan penutupan semua premis kerajaan dan swasta.
Setakat pagi hari ini, Malaysia telah mencatatkan 21 kes kematian kes COVID-19 yang mana membawa kepada jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 1,796 dengan 199 sudah discaj dan sembuh.
Seramai 16 lagi pesakit #COVIDー19 di negara kita telah sembuh dan discaj hospital menjadikan keseluruhan 199 pesakit.
Trivia: Pesakit termuda di negara ini adalah pesakit pertama yang sembuh dan discaj 4 Feb 2020 iaitu kanak-kanak warga China berumur 4 tahun. pic.twitter.com/hPNW9zz6Nf
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
Susulan daripada perintah tersebut, kerajaan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan saranan menyeluruh kepada semua rakyat Malaysia agar sentiasa menjaga jarak sosial bagi mengelakkan jangkitan dengan lebih meluas.
Anda perlu ke pejabat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kerana berkerja dalam bidang perkhidmatan perlu (essential services)?
Pastikan anda mempraktikan penjarakan sosial di tempat kerja.
Stay safe at work. pic.twitter.com/JGNJCYIJ7I
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) March 26, 2020
Setakat ini, dunia telah mecatatkan sebanyak 472,381 kes positif yang mana telah menyebabkan kematian 21,304 orang dengan kadar yang sembuh seramai 114,731 orang.
Sebanyak 198 buah negara dan satu kapal persiaran telah dijangkiti dengan wabak COVID-19 yang berasal daripada Wuhan, China.
Belum lagi reda wabak COVID-19, terbaharu, China kini sedang panik dengan wabak baharu yang dikenali sebagai Hantavirus, satu wabak yang dipindahkan kepada manusia daripada spesies tikus rusa sama ada menerusi sentuhan langsung, najis, air liur, sarang tikus atau menghidu debu dijangkiti virus berkenaan.
Sumber: Suara Sarawak