Tiada Kaitan Dengan Mistik, Wartawan Ini Rungkai Misteri ‘Kehilangan’ Di Laut Segi Tiga Bermuda 2

Tiada Kaitan Dengan Mistik, Wartawan Ini Rungkai Misteri ‘Kehilangan’ Di Laut Segi Tiga Bermuda

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tiada kaitan dengan mistik, wartawan ini rungkai misteri Segi Tiga Bermuda.

BACA: Bau Macam Kentut, Uranus Planet Paling Busuk Dalam Sistem Suria

Kawasan lautan di antara Florida, Puerto Rico dan Bermuda yang juga dikenali sebagai Segi Tiga Bermuda dinobatkan sebagai salah satu lokasi misteri yang terkenal di dunia.

Tiada Kaitan Dengan Mistik, Wartawan Ini Rungkai Misteri ‘Kehilangan’ Di Laut Segi Tiga Bermuda 1
Sumber: Ocean Service

Terletak di kawasan barat Lautan Atlantik utara, kawasan perairan ini merupakan satu daripada laluan perairan yang paling sibuk di dunia kerana menjadi laluan kapal-kapal mewah dan kapal terbang untuk menuju ke pelabuhan yang terletak di Amerika, Eropah dan Kepulauan Caribbean.

Selama berabad-abad lamanya, banyak laporan mendakwa kapal dan pesawat yang melalui kawasan ini telah hilang tanpa jejak sehingga menyebabkan kawasan tersebut digelar sebagai Segi Tiga Syaitan.

Dikatakan kehilangan tersebut mempunyai kaitan dengan kejadian mistik yang berpunca daripada kewujudan makhluk asing di titik tersebut sehingga ianya tidak mampu dirungkai oleh manusia.

Namun pada 1975, seorang wartawan, Larry Kusche telah merungkaikan bahawa misteri Segi Tiga Bermuda tidaklah misteri sebenarnya.

Kajian yang meneliti insiden Segi Tiga Bermula sejak tahun 1840 hingga 1973 dan juga penerbitan penulis lain ini kemudiannya diterbitkan dalam sebuah buku beliau yang bertajuk The Bermuda Traingle Mystery – Solved.

Wartawan Ini Rungkai Misteri Kehilangan Kapal Di Laut Segi Tiga Bermuda
Sumber: Amazon

Hasil kajian beliau mendapati penerbitan dan laporan berita tidak mempunyai sumber kajian yang sah. Kesemuanya seakan copy paste daripada lain tanpa ada pemeriksaan fakta yang sahih.

Dalam sesetengah kes, Kusche mendapati bahawa tiada langsung laporan yang merekodkan mengenai kes kehilangan kapal di kawasan tersebut. Memang ada rekod kehilangan kapal dilaporkan, namun ianya disebabkan oleh kejadian alam seperti ribut dan sebagainya.

Biarpun begitu, Kusche tidak menolak kemungkinan berlakunya kehilangan di kawasan Segi Tiga Bermuda namun ianya bukanlah atas sebab ‘misteri’ atau ‘mistik’ tetapi kerana kawasan ini trafiknya lebih sesak jika dibandingkan dengan kawasan lain.

Ada teori yang mengatakan, kehilangan kapal di kawasan tersebut adalah kerana geografinya yang kaya dengan metana yang mana boleh membentuk campuran gas-ais-sedimen di bawah tekanan yang tinggi.

Tiada Kaitan Dengan Mistik, Wartawan Ini Rungkai Misteri ‘Kehilangan’ Di Laut Segi Tiga Bermuda

Jika berlakunya tanah runtuh di kawasan bawah air, campuran ini akan meletup keluar dari dasar laut dan menyebabkan ketumpatan udara sekeliling diubah dan pemanduan kapal atau pesawat terganggu kerana pemandu berada dalam keadaan mabuk.

Malah letupan ini boleh menyebabkan kerosakan pada pelantar minyak luar pesisir yang boleh menguatkan lagi teori kehilangan misteri kapal di kawasan Segi Tiga Bermuda ini.