
Tiada Istilah Tiru, Tahukah Anda Asal Usul Bendera Malaysia Dan AS Adalah Sama?
Sedar atau tidak, bendera Malaysia dan bendera Amerika Syarikat mempunyai ciri yang sama sehinggakan ada yang menuduh Malaysia meniru. Namun sebenarnya tiada istilah tiru dalam hal ini.

Kalau nak tahu, kedua-duanya mempunyai asal usul yang sama. Jom baca penjelasan daripada Ayman Rashdan Wong.
Bendera Malaysia merupakan hasil rekaan Mohamed Hamzah, seorang arkitek yang berkhidmat di bawah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor.
Rekaan Encik Mohamed dibuat sempena pertandingan reka cipta bendera bagi Persekutuan Tanah Melayu (yang ditubuhkan pada tahun 1948 selepas pemansuhan Malayan Union) yang bakal merdeka. pic.twitter.com/6Qx1khdqSo
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Reka bentuk merupakan gabungan unsur bendera Johor dan juga umbul-umbul merah putih.
Reka bentuk Encik Mohamed adalah gabungan unsur bendera Johor dan juga umbul-umbul merah putih.
Encik Mohamed asal Johor, so normal lah beliau nak promote negeri beliau. Plus Johor adalah tempat lahir nasionalisme Melayu yang patahkan Malayan Union. pic.twitter.com/vWgt6HN61h
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Lambang bulan sabit dan bintang menandakan hubungan antara kerajaan Johor dan Turki Uthmaniyyah (Ottoman) yang semakin rapat.
Pemakaian bendera dengan lambang bulan sabit & bintang menandakan hubungan yang semakin rapat antara Turki Uthmaniyyah (Ottoman) & Kerajaan Johor.
Sultan Abu Bakar menjadi pemerintah pertama dari Nusantara yang berjumpa dengan khalifah Uthmaniyyah (Abdul Hamid II ketika itu). pic.twitter.com/YIdSMAUr12
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Pemakaian bendera dengan lambang bulan sabit & bintang menandakan hubungan yang semakin rapat antara Turki Uthmaniyyah (Ottoman) & Kerajaan Johor.
Sultan Abu Bakar menjadi pemerintah pertama dari Nusantara yang berjumpa dengan khalifah Uthmaniyyah (Abdul Hamid II ketika itu). pic.twitter.com/YIdSMAUr12
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Warna merah putih pula dipakai secara meluas di Nusantara oleh pelaut kerana sejarah Majaphit sebaai kerajaan maritim yang hebat.
Hari ini ia masih dipakai oleh tentera laut Indonesia (Tentara Nasional Indonesia Angkatan Laut). pic.twitter.com/gbOxdEvj0r
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Kalau nak tahu bendera Amerika Syarikat juga sebenarnya berasal dari umbul-umbul kerajaan Majapahit.
Al-kisahnya, Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company atau EIC) yang berdagang di Nusantara sejak abad ke-17 nampak bendera ni gah, maka diorang pun jadikan ia bendera syarikat. pic.twitter.com/dh0sUNAz2O
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Malah kapal EIC yang membawa teh dari China pernah diserang oleh pejuang kemerdekaan US yang tak puas hati dengan pemerintahan British pada tahun 1773. Peristiwa ini dikenali sebagai Boston Tea Party. pic.twitter.com/ZuInbWSx7v
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Panji ini dikenali sebagai Rebellious Stripes atau Liberty Flag. Asalnya 9 jalur sebab ada 9 negeri jajahan yang bangkit lawan Britain. Kemudian baru dikembangkan jadi 13 jalur. pic.twitter.com/YJWNi1EqOE
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
So selepas US merdeka, bendera Stripes ini ditambah dengan reka bentuk bintang di penjuru kiri atas, maka jadilah Stars and Stripes iaitu bendera US yang dipakai sampai sekarang.
13 bintang lambang 13 negeri yang merdeka dan menubuhkan negara persekutuan. pic.twitter.com/RLHRZQzZJu
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Bendera Liberia pun dekat-dekat dengan bendera US sebab negara ini ditubuhkan oleh bekas hamba berkulit hitam US pada tahun 1842. Diorang lari dari US, balik ke Afrika dan menubuhkan negara baharu dengan nama Liber (bebas). pic.twitter.com/wGRzRimiaQ
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Reka bentuk bendera Encik Mohamed yang terpilih dilakukan sedikit perubahan atas cadangan Dato’ Onn Jaafar yang nampak sama tapi tak serupa dengan bendera Amerika Syarikat.
Ia dirasmikan sebagai bendera Malaya pada tahun 1950.
Selepas tahun 1963, 11 bucu bintang & 11 jalur ditambah jadi 14 bucu & 14 jalur bagi melambangkan Sabah, Sarawak & Singapura.
Selepas Singapura keluar, bucu dan jalur yang ke-14 menjadi lambang Kerajaan Persekutuan. pic.twitter.com/ZLmD5zzdUO
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Maka jadilah bendera US (Stars & Stripes) dan Malaysia (Jalur Gemilang) yang nampak sama tapi tak serupa. Samada sengaja atau kebetulan, hanya Allahyarham Encik Mohamed yang tahu. pic.twitter.com/4J1uP5NRP0
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Isu ‘bendera rakyat’.
Bendera Rakyat ini adalah bendera Parti Kebangsaan Melayu Malaya, sebuah parti yang wujud antara tahun 1945-1948 yang diasaskan oleh nasionalis Melayu Kiri seperti Mokhtaruddin Lasso dan Burhanuddin Al-Helmy.
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Bendera merah putih ini sama dengan warna bendera Indonesia (Sang Saka) sebab nasionalis Melayu Kiri ini ada cita-cita mendirikan Melayu Raya dengan menggabungkan Malaya dan Indonesia. pic.twitter.com/ZjZPkuntM5
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Tapi Sang Saka pun sebenarnya berasal dari Pataka Gula Kelapa Majapahit, sama macam jalur merah-putih pada bendera Malaysia.
So tak ada soal penjajah tak penjajah. Hanya soal celik tak celik sejarah. pic.twitter.com/lXAJtXwxdI
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Kalau faham sejarah, tiada istilah tiru sekiranya bendera Malaysia hampir sama dengan bendera negara lain seperti Amerika Syarikat.
Instead, kita akan bangga rupa-rupanya lambang adikuasa dunia pun berasal dari warisan Nusantara yang kita berkongsi sama.#KnowYourFlag pic.twitter.com/4zMnJnVkak
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 23, 2020
Menjelang kemerdekaan negara yang ke-63, pastinya negara tidak lari daripada isu pemasangan merdeka secara terbalik.
BACA: Pantang Larang Jalur Gemilang Tidak Boleh Dijadikan Pakaian, Kecuali Dalam 2 Situasi Ini
Umum sedia maklum, Jalur Gemilang menjadi simbolik kepada keberanian rakyat Malaysia dan kemuliaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja sebagai Ketua Agama dan Ketua Negeri bagi seluruh negeri di Malaysia.
Jadi penghinaan kepada Jalur Gemilang seakan melakukan penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia dan institusi Raja-Raja Melayu, bertentangan dengan konsep ikrar lima Rukun Negara.
Untuk pengetahuan anda juga, Seksyen (3) Akta 414, Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1963 menyebut bahawa seseorang yang menjual atau menggunakan Jalur Gemilang atau apa-apa tiruan yang serupa dengannya bagi tujuan perdagangan dan perniagaan atau menggunakannya di dalam cap dagang tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Menteri boleh didakwa.
Ada beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi dalam penggunaan Jalur Gemilang agar bendera yang menjadi simbol kebanggaan negara ini sentiasa dipatuhi.
Antaranya:
1. Bendera hendaklah dipasang secara melintang sahaja. Bendera tidak boleh dipasang secara menegak sekiranya berkedudukan statik atau tidak berkibar. Walau bagaimanapun, pemasangan secara menegak dibenarkan sekiranya bendera disambung dalam kuantiti yang banyak (flagline).
2. Penggunaan bendera dalam bentuk pelbagai seperti pakaian dan sebagainya perlu dielakkan kecuali semasa sambutan Bulan Kemerdekaan dan jangka masa penggunaannya adalah terhad.
3. Tidak boleh menggunakan bendera dalam perkara yang ditafsirkan sebagai merendahkan martabat Jalur Gemilang seperti alas meja, kain tudung, payung, songkok, topi , tuala mandi, alas kusyen dan sebagainya.
4. Penggunaan bendera dalam pelbagai gaya dan bentuk seperti iklan dalam tujuan mempromosikan sambutan kemerdekaan adalah dibenarkan asalkan kreativiti tidak ditafsirkan sebagai menghina bendera.
5. Mengibarkan bendera yang telah uzur seperti pudar warnanya dan koyak adalah kesalahan dan satu ketidakwajaran yang tidak sepatutnya berlaku.