
Tiada Bukti Anak Oksana Milik Sultan Muhammad V – Peguam
Minggu lalu berita perceraian talak tiga antara Sultan Muhammad V dengan Ratu Moscow, Rihana Oksana Gorbantenko melalui surat bertarikh 22 Julai lalu telah memberikan kejutan kepada rakyat Malaysia.
BACA: Rihana Oksana Sah Dicerai Talak 3 – Peguam Sultan Muhammad V
Peguam baginda sultan, Koh Tien Hua memberitahu kepada media Straits Times bahawa tiada bukti yang menunjukkan baginda sultan adalah ayah kandung kepada anak Rihana, seperti yang didakwa beliau menerusi hantaran gambar di Instagram.
https://www.instagram.com/p/ByQTD2bi3M1/
15 Julai lalu, Istana Kelantan turut mengeluarkan kenyataan bahawa tiada siapa boleh menggunakan gelaran Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau pun ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.
Mengulas kenyataan dicerai talak tiga, Rihana menerusi laman Instagramnya memberitahu bahawa beliau tidak pernah mendengar sebarang talak dijatuhkan secara bersemuka dengan dirinya.
Sumber: Straits Times